~Aidilfitri 2018 Yang Telah Berlalu~



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dengan rahmatNya dapat lagi cik zieta menulis setelah sekian lama menyepikan diri. Sibuk la sangat semenjak jadi isteri. Konon. Tapi sebenarnya memang penat pun mengalas tanggungjawab seorang isteri. Apapun sekarang yang perlu diutamakan adalah suami. Suami.. suami.. dan suami. Mudah2an berkekalan cik zieta dalam mengejar impian menjadi sehebat saiyidatina Khadijah rha. Aamiin.

cantikkan.. kemas & bersih :P

Dah 3 bulan pun Aidilfitri berlalu. Just nak simpan entri ni. Banyak cerita beraya di negeri orang. Alhamdulillah dapat suami, mertua dan keluarga mertua yang baik2. So cik zieta hapy je la beraya di Sabah. Jom tengok rumah kita di Sabah.. ^__^

berjoging di kejiranan (penat ooo round).. unik sangat jalan2 di atas air. 

asyik :)
Dulu masa kenal en asben gitu2, tengok rumah ni dalam gambar ja. Alhamdulillah raya hari tu cik zieta da sampai ke rumah tersebut.. wow tak sangka kan. Speechless la jgk sebab tak pernah terfikir pun satu hari nanti cik zieta jadi permaisuri di hati en salman. (hahaha).. Semua di dalam aturan Allah. So cik zieta rasa cerita cinta cik zieta ni sangatlah ajaib. hehehe (taktau nak guna ayat apa). Memang sampai hari ni pun cik zieta dengan en salman macam tak percaya ja da jadi suami isteri. hahaha.. kelakar. Tapi itulah, Dunia ni kalau Allah nak bagi apa saja Allah boleh buat. So jangan bimbang dengan dunia. Bersangka baik saja dengan Allah. InsyaAllah pasti ada cerita yang tidak terduga. macam cerita cik zieta.. kan..kan.. :P

ku sentuh hatimu.. lari!.. malu!
cik zieta bercuti dari 13 Jun hingga 23 Jun 2018. 10 hari di Sabah ba. hehe..Memang puas hati berjalan di Sabah. Dari Sandakan ke Kota Kinabalu pergi konvokesyen si Acok (adik iparku) kemudian patah balik honeymoon di Kundasang bersama dengan famili. Indahnya kundasang. Akhirnya cik zieta sampai. Rakam baik2 dalam memori. Entah dapat datang lagi atau tau. En asben pun tak pernah sampai tau jadi memang hadirnya cik zieta di dalam hidupnya ni memberi impak yang sangat besar. En asben cakap dulu kalau balik 10 hari tu boringnya.. Da ada isteri ni hapy la pulakkan ada yang meneman. nyehhhh.. suami manja.. .>_<.. 

lembu tu tak larat nak makan da weii!!
Malas nak cerita banyak2. Banyak sangat kalau nak diceritakan. 40 hari 40 malam belum tentu habis. hahaha. over.. cik zieta tak larat nak menaip la sekarang. rasa krem tangan2 dan urat tengkuk. Penat ngadap komputer. huhuhu.. Itu yang jadi malasnya nak menulis di blog.

akan ku taip jua perlahan-lahan cerita-cerita di dalam hidupku untuk dijadikan kenangan. Dulu bujang, sekarang da kawin dan semoga diberi peluang untuk menjadi seorang ibu pula. menikmati segalanya selagi nafas masih ada. Syukur alhamdulillah. Semoga sahabat-sahabat yang belum sampai jodohnya akan ketemu jua nanti insyaAllah. Yang sedang menanti cahaya mata semoga dikurnia penyejuk mata dan hati buat ibu dan ayah. InsyaAllah



Sekian. Wassalam.


9 MUHARRAM 1440 H






NOtA : Da masuk tahun baru Hijrah.. 1440 sudah.. Hari ni dan esok sunat puasa. Puasa ya. Bagi yang bujang2 sila biasakan puasa sunat sebab kalau dah kahwin da payah nak puasa sunat. Serius. Kalau suami puasa sama ok la. Kalau dia tak puasa tak payah la ko puasa. iyo... ::)







Ulasan