Cik zieta suka bila ada sesiapa sahaja yang menceritakan tentang semangat mereka untuk mencari ilmu. Kadang-kadang mengajak untuk pergi sekali. Alhamdulilah. Cuma adakalanya faktor jarak membuatkan cik zieta terpaksa menolak. Seronok melihat mereka ada keinginan untuk ke majlis-majlis ilmu. Adakala bila mendengar luahan hati mereka yang hendak berubah, tahu bukan tak tahu tapi itulah....
Buat mereka yang ingin berubah, teruskan.. jangan sekadar di bibir saja. Semuanya kena mujahadah.. Mudah bila dipermudahkan olehNya.. Setiap kali mereka kembali dari majlis-majlis selalu bertanya apa yang mereka kutip. Pertama supaya diri ini juga sentiasa diingati. Kedua supaya mereka tahu cik zieta mengambil berat tentang mereka. Selalu memandang mereka dengan kasih sayang. cik zieta juga seperti mereka...
Semua itu Anugerah dari Allah. Allah tahu apa sebenarnya di hati kita. Takkala kita benar-benar ingin berubah Dia akan melorongkan jalan buat kita. InsyaAllah. Bercakap melalui pengalaman sendiri lebih mudah rasanya. Semua hamba itu ada jalannya.. Tersenyum mengingat kisah lalu.. Allah.. Allah.. Allah. HambaMu ini terus berjalan dan berjalan.. kerana semua itu tak akan terhenti kecuali mati..
Ulasan
Catat Ulasan