~Lautan Air Mata~


Duhai Rasul Engkau Tetap Hidup Dalam Hati Kami

Alhamdulilah dengan izin Allah dapat menghadiri Majlis tersebut. Sedap tajuk yang dibawa. Benarkah Rasul itu tetap hidup dalam hati kita??? Tepuk dada tanyalah Iman.. Iman??? Apa sebenarnya Iman???.. Allahu Rabbi.. Carilah sendiri apa makna iman.. Para Asatizah dah banyak cerita pasal ni.. so tak payahlah cik zieta nak kupas banyak-banyak sebab cik zieta pun bukan ada ilmu.. wallahu a'lam... cuma nak petik kata-kata di bawah buat peringatan diri..

Firman Allah:

'Orang-orang A'raab berkata.. "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman. (Janganlah berkata demikian), tetapi sementara Iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja 'kami telah Islam'. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Menagasihani" (Al-Hujurat: 14)

Al-Imam Sahl Bin Abdullah Bin Yunus At Tusturi (201 - 283 Hijrah) berkata: 'Keimanan itu apabila hanya pada perkataan seseorang tanpa amal perbuatan maka ianya menjadi kafir'. (Qawaid Fil Bayan Hakikatul Iman ms 214)

Berkata Abu Isa At-Tirmidzi (pengarang Kitab Hadis yang dikenali Sunan Tirmidzi) bahawa aku mendengar Aba Mus'ab Al-Madani berkata: 'Barangsiapa yang mengatakan iman itu hanya pada lisan maka hendaklah dia bertaubat jika tidak nescaya aku akan memenggal lehernya.' (Jami Tirmidzi Al-Asar no. 2622 disahihkan oleh Syeikh Albani di dalam Sahih Jami')

Lama betul nak ambil masa untuk tulis pasal tajuk ni.. Kenapa??..

Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku..
Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku

Allahu Rabbi.. Tak terungkap.. Ya Rasullullah engkau hadir dengan mengangkat martabat wanita di mata lelaki di zaman jahiliyahmu. Kami menjadi mulia dengan hadirmu sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Betahkah kami melupakanmu?.. Allahu Rabbi.

Air mata silakan menjadi lautan.. biar menjadi saksi bukti kecintaan. Izinkan kami Ya Allah untuk mengamalkan sunnah kekasihMu.. kekasih kami.. cik zieta tak mampu nak kata apa.. tiada kesudahan..

Ulasan