Permulaan 2014M

Alhamdulilah.. panjang lagi umur cik zieta. Menyambut awal tahun masihi dengan pulang ke kampung. Seronoknya.. 5 hari bercuti. Puas hati. Lepas tu lemau bila naik kerja. Hihihi.. Sekejap masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak balik semula ke Ibu Kota.

Entah kenapa kali ini terasa sayu sangat bila menatap wajah abah. Allahu Rabbi. Semakin menjangkau usianya seiring tuanya abah jelas kelihatan. Takkala abah mengatakan dia sakit lutut, di dalam hati hanya berdoa Ya Allah panjangkan usia abahku dan berikan kesihatan yang baik dan berkatilah hari-harinya. Semoga Engkau Redho Ya Allah. Hanya itu yang mampu dilakukan sebagai doa seorang anak. Detik berlalu tanda-tanda itu pasti berlaku. Izinkan hamba untuk terus merasa kasih sayangnya Ya Allah.

Ya Allah mudah-mudahan 2014M ini akan menjadi lebih baik bagi hamba dari tahun-tahun yang lepas. Bukan sahaja dunia malahan lebih-lebih lagi untuk ukhrawi. Itu yang utama. Dunia tempat beramal, akhirat tempat menghitung... Allah.. Allah.. Allah..

Ulasan