Boleh pulakkan nak cerita pasal Kak Ani..
Mulanya nak no. telefon sebab ada orang nak cari bilik. Cik zieta pun dok sorang jer kat umah. Bila ditanya nak orang tak.. Oklah. Cik zieta ok jer. Nak-nak pula kalau terdesak, hulurkanlah bantuan kan... Last-last orang yang nak menyewa tu tak jadi menyewa jadi geng pula dengan kak ani ni.. Dok berbalas sms.. hai menjadi pula.
Kata Kak Ani..
"Kesian.. zieta tinggal sorang2.. kalau bosan sms la akak.. akak memang suka bersembang kat hp ni"
Erk... cik zieta dah tersenyum-senyum dah. Ni cik zieta yang keseorangan ke akak ani ni yang keseorangan.. hihi..
Cik zieta ambil kesimpulan sesungguhnya tidaklah Allah menghadirkan seseorang itu dengan sia-sia. Pastilah ada sebabnya untuk diambil iktibar. Banyak jugalah cerita yang cik zieta dapat tapi yang nak buat rasa tercabut nyawa tu bila kak ani cakap.. 'Budak yang nak menyewa dengan zieta tu tak bertudung, tempat dia kerja tak bagi pakai tudung kot.. Macam tempat anak akak bekerja juga. Tak boleh pakai tudung'.. Allah.. Allah.. Allah.. Sedih rasa..
Betapa banyak di negara lain, yang wanita-wanitanya berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak bertudung tapi kita di Malaysia ni yang penuh kebebasan bertudung memilih untuk tidak bertudung hanya kerana tempat bekerja tidak membenarkan memakai tudung.. Allahu Rabbi. mudahnya.. mudahnya..
Cik zieta merenung dalam-dalam.. Allahu Rabbi.. memang Allah hadirkan kak ani itu untuk mengambil pelajaran.. Yang bukan sedikit. Kenapa yea??? cik zieta tak rasa dia cetek agama. Pada mulanya dia segan. Katanya dia memang melihat zieta sebagai perempuan yang menutup aurat. penuh sopan katanya... Hmmm.. Alhamdulilah.. kembalikan pada Allah.. milikNya.. Cuma nak cakap maknanya dia tahu apa yang dikatakan 'aurat'. Tapi mengapa ambil mudah ya... Biarkan anak mencari rezeki di tempat yang tak mengizinkan hukum Allah terlaksana. Dan semua orang Malaysia ni tahu.. Melayu, Cina, India semua dah faham pasal Islam. Mereka bukan sehari dua berada di Malaysia..
Kitalah yang menentukan apa sebenarnya yang kita nak???.. Betul tak??.. Allah dah tunjukkan jalan.. Kalau pilih jalan ni kita akan jadi macam ni.. Kalau pilih jalan tu kita jadilah macam tu.. Itulah sebabnya 5 kali sehari kita meminta supaya ditunjukkan jalan yang lurus. Supaya kita tak salah pilih jalan.. Allahu Rabbi. Jalan setiap hamba.. Takkala Allah menguji.. sama juga mata yang melihat pun sedang diuji juga..
Kak ani juga ada anak OKU.. Suami pun tak sihat ada gout. Dia sendiri pun ada penyakit jantung kritikal.. Seminggu sekali kena check-up kat hospital. Hmmmm... cuma zieta hanya boleh mendoakan semoga Allah mempermudahkan urusan mereka sekeluarga di dunia lebih-lebih lagi di akhirat... hanya itu cik zieta mampu lakukan... Amin Allahumma Amin Ya Allah.. Sesungguhnya hanya Allah jua yang mengetahui segala isi langit dan bumi..
Ulasan
Catat Ulasan