Al kisahnya hari Sabtu tadi pergi kuliah kat surau dekat dengan rumah. Alhamdulilah semakin aktif surau Raayah ni. Jumaat tadi dah bermula solat Jumaat pertama kat surau tu.. Senang la orang Puchong Permai nak pergi solat Jumaat. Kalau tak pergi jugak dah wajib bakar rumah tu macam Baginda SAW buat. Hihihi.. ada berani?
Ustaz datang lambat yeaaaa... kuliah kul 9.00 pagi, pukul 9.30 pagi baru sampai. Tak ada muqadimah apa dah. Terus masuk hadis ke-8... Senyum je la cik zieta.. macam-macam al-ustaz. Al kisahnya la juga. Tengah cerita pasal hadis tu boleh pula cakap 'saya bawa isteri saya hari ni. Dia cakap nak tengok jemaah kat surau ni.. saya bawa la....'
Dah makcik-makcik semua dah tertoleh-toleh cari mana isteri ustaz. Dah agak dah juga yang kat sebelah cik zieta ni la isteri ustaz. Sebab yang muda cuma kami berdua jer. Yang lain semua makcik-makcik. Elok ustaz habis bagi ceramah makcik-makcik semua serbu isteri ustaz nak salam.. cik zieta kat sebelah tak dipandang pun.. hihihi.. cik zieta bagi laluan la sebab tadi cik zieta dah salam pun.. sabar makcik! sabar!..
Orang berilmu ni kan darjatnya lebih tinggi.. 'Manalah sama orang yang tahu dengan tidak tahu'.. Isteri ustaz pun dapat tempiasnya.. Cik zieta pun dapat aura juga sebab duduk kat sebelah isteri ustaz... hahaha.. (Nak jugak).. Sekian...
~Cik Qina itu moral storynya.. orang berilmu tau.. bukan moral storynya cik zieta kena jadi bini ustaz..Gulp!!!..erk!!!.. kesimpulan apa la cik Qina bagi tu... Ada ke ustaz yang nak???.. (soalan cepu emas).. malu ustaz dapat wife camnie.. loglaq.. hahahaha..
Ulasan
Catat Ulasan