Bersyukur Saat Di Uji

Terkait dengan thread ujian (sila klik)

Memang mudah untuk berkata-kata tetapi payah bagi mereka yang sedang menghadapinya. Namun hakikatnya kita menerima ujian setiap masa. Cuma ujian itu dalam bentuk yang berbeza mengikut kadar kemampuan kita.

Jangan berkata 'Bolehlah cakap kau tak berada di tempat aku'...

Percayalah.. awak tak akan mampu berada di tempat saya dan saya juga tidak akan mampu berada di tempat awak. Jangan sesekali meminta untuk berada di tempat saya dan saya juga tidak akan meminta untuk berada di tempat awak kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 

-------------------------------------------------

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(Taha: 131)

----------------------------------------------------------------------

Ya Allah.. banyak lagi ayat-ayat Allah pasal ujian. Itu semua jawapan Allah untuk kita jadikan pedoman. 

Saat di uji, ingatlah:

~ Itu adalah untuk menguji keimanan kita.
~ Untuk menguji hati orang yang mengaku bersaudara
~ Kafarah dosa buat hamba yang tak pernah sunyi dari melakukan dosa


p/s: Allah hanya menguji sedikit, tetapi ingat Allah kurniakan nikmat yang terlalu banyak. Maka daku memberi pesan buat diriku dan dirimu jangan lupa untuk menjadi hamba yang selalu pandai bersyukur dalam apa jua keadaan sekalipun.. end:..............




21 Rabiulawwal 1436H


Dengan kasih sayang





:::. Contohi Akhlaknya.. Amalkan Sunnahnya.. Ya Rasullullah.. Ya Habiballah .:::

Ulasan