~Tadarus @ Surau Raayah~

Suatu hari, Cik zieta cakap kat Makcik Dayah...

"Makcik boleh tak tengok bacaan Al-Quran saya. Saya dok baca sorang ntah betul ke tidak.. ke syok sendiri.. hihi"

"Ooo ok.. makcik pun suka.. nanti lepas kelas kita buat tadarus Al-Quran"

------------------------------------------------------

Al kisahnya muqadimah suatu cerita. mana la cik zieta nak tau rupanya makcik Dayah ajak satu surau join tadarus Al-Quran. Allahu Rabbi. Tapi takpe la kan. Buat baik ramai-ramai la bagus. Hihi.. Yang mengajak, dapat pahala mengajak lagi. InsyaAllah.

Minggu pertama cik zieta tak join sebab balik kampung. Join pun dah masuk juzuk ke 3. Hmmm sedap juga suara makcik-makcik ni boleh masuk pertandingan tilawah peringkat antarabangsa. Hahaha.. nakal yea zieta. Tapi betul la. Makcik-makcik yang tak berapa lancar pembacaan pun bukan main merdu lagi cik zieta dengar.. Alhamdulillah.. Bagus makcik-makcik yang tak segan silu walau pun bacaan banyak salah.. Allahu Rabbi...

cik zieta rasa bersyukur sangat.. cik zieta tak pandai sangat tapi Alhamdulillah cik zieta kenal huruf tahu panjang pendek. 'Nikmat manakah lagi yang engkau ingin dustakan'. Biarlah cik zieta tak ada apa-apa tapi Ya Allah kurniakan kami kefahaman dalam agama, Allahu Rabbi.... air mata mula bertakung.. Allah.. Allah.. Allah.. sujud syukur padaMu.. Dan semoga hambaMu tak jemu-jemu untuk mencari ilmuMu Ya Rabb. Mendekatkan diri padaMu.. Semoga Allah sentiasa menganugerahkan kepada kita jalan-jalan kebaikan.. Amin Ya Rabb.

--------------------------------------------------

Berdetik dalam hati, makcik-makcik yang sedar dan tidak segan untuk berubah ini pun dah ramai. Agak-agak berapa ramai makcik-makcik yang tak mampu untuk membaca Al-Quran. Allahu Rabbi. Sedangkan Al-Quran itu petunjuk. Tapi kita tak membacanya... Tak memahaminya.. Tak mengambilnya untuk dijadikan peringatan.

Makcik-makcik tu cakap.. ini geng dah pandai baca dah.. Makcik, cik zieta pastikan untuk membaca Al-Quran setiap hari walaupun kadang-kadang terbabas juga. Takkan lancar pembacaan kalau baca sekadar di bulan Ramadhan. Apatah lagi kalau tak pernah buka Al-Quran. Mana ada perkara mudah. Menyentuh bab agama lagi la kena mujahadah. Itulah tujuan sebenar seorang hamba untuk beribadat.. Doa.. Usaha.. Ikhtiar dan akhirnya tawakkal pada Allah.. cik zieta banyak lagi kena belajar. Hukum tajwid sampai la ni cik zieta failed lagi.. tanya la izhar ka mad ka.. hmmm hancus... :-)

-----------------------------------------------

Andai ada kesempatan Ya Allah, izinkanlah cik zieta untuk mengajar makcik-makcik yang tak mampu membaca untuk membaca dengan izinMu Ya Allah. setakat yang Cik zieta mampu... Itu yang terniat di hati.. mudah2an. Andai ada izinNya.. w.a.b.s................


Image result for gambar al quran bercahaya

11 Jamadilawal 1436H

Dengan kasih sayang 





Ulasan