Apa yang berat?? hahaha.. :P
Aku dan Blog
Pengisian yang berat la maksudnya. Isu semasa yang melanda di muka bumi. Adakala tangan ni rasa nak menaip isu-isu yang berat tetapi cik zieta tangguhkan je la cita-cita ni. Biar mereka yang arif saja bercerita. Besar risikonya kan. Bukan pandai sangat kan cik zieta. Senang cerita, cerita je pasal pengalaman cik zieta. Cerita-cerita yang lain tu simpan je la buat pengetahuan dalam diri. Untuk dijadikan iktibar... wabs.
Aku dan Blog
Blog ni kadang-kadang dah jadi macam diari sebenarnya. Cerita untuk dijadikan kenangan. Walaupun masih banyak perkara yang perlu dirahsiakan. Cerita samar-samar je. hihi... :). Biasa tulis diari tu kadang-kadang baca semula pun tak faham. hahaha.. tulisan cantik sangat.. Nak-nak cerita tengah bengang. Entah apa la merepek. Selalunya diari tu ia jadi tempat luahan perasaan tetapi dalam blog ia menjadi sebuah cerita yang telah diolah. Itulah yang cik zieta buat. Walaupun adakala menulis macam gembira tetapi dalam keadaan menangis berduka lara. yadayadayada... Menulis tu menggembirakan cik zieta.
Bukan Untuk Tatapan
Sekadar hobi di masa lapang. Bukan untuk tatapan. Tetapi kalau ada yang tersinggah waktu mencari dan terhenti sebentar untuk membaca moga-moga ada manfaatnya. Setiap orang ada caranya, ada kesukaannya. Menulis itu kesukaan cik zieta. Membaca itu kegemaran cik zieta. Bahagia pada cik zieta.. Korang??? Perkara yang paling cik zieta tak suka yang menjadi kegemaran kebanyakan wanita adalah SHOPING!!!.. janganlah ajak.. kecuali cik zieta ada barang untuk dibeli. Penat tau tak... hahaha.. pada cik zieta la. Dok rumah baca buku itu cik zieta.
Selagi ada kehidupan selagi itu ada cerita yang tetap berjalan... jom bercerita... end:............
Ulasan
Catat Ulasan