~Syurga itu mahal harganya~

Sedih sangat.. Bila ingat dosa dan maksiat yang selalu bermaharajalela di hati..

Ingatan Syeikh..

Cerita bermula tentang kisah Perang Badar. 313 ahli Badar yang dijamin syurga oleh Baginda Nabi SAW. MasyaAllah. Tersentuh bila cik zieta cuba menghayati apa yang diperkatakan syeikh. Perang Badar yang berlaku di bulan Ramadhan mendambakan kesabaran yang bukan sedikit. Mengharungi keletihan, kelaparan dan kepanasan untuk berjihad melawan musuh 3 kali ganda dari mereka. Mereka tak punya apa-apa tetapi mereka mempunya keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi. Perjalanan yang mereka tempuh ke Badar itu bukanlah perjalanan yang mudah. Mereka bersusah payah untuk Islam dan mereka hanya dambakan Redho Allah dalam perjuangan mereka.

Cuba bayangkan kita pada hari ini. Hidup kita penuh dengan kesenangan. Kita bukan perlu bersusah payah macam orang dulu-dulu. Berbaloikah amal yang kita buat tu untuk harga sebuah syurga. Apa yang kita dah amal sebenarnya. Ya Allah.. Memang tak layak rasanya meminta surga.. syurga firdausi apatah lagi. Memang kami ini hamba yang layak masuk ke syurgaMu adalah semata-mata dengan RahmatMu dan RedhoMu Ya Allah.

Jauhnya kita dibandingkan mereka. Tak mampu nak bermujahadah. Tak larat nak beramal. Kemahuan tu pun tak ada. huhuhuhu.. Serius itulah hakikatnya. Ya Allah.. Panjangkan umurku dalam mentaatiMu dan RasulMu. Aku pinta sungguh-sungguh Ya Allah. Sedih.. Dimana aku di sisiMU.. Allahu Rabbi. Allahu Taala berfirman "Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu".. sejauh mana kita mengingati Allahu Taala. Itulah ukurannya. Bangun pagi apa sebenarnya yang terlebih dahulu diingati. Jika berpagi-pagian dengan mengingatiNya berbahagialah kiranya kita. Jom muhasabah. Dimana DIA di hatiku.. hihihi.. ni macam tajuk buku ustaz Pahrol je.  (sempatkan nak bergurau senda.. Allahu Rabbi. piap si zieta ni)

Gunakan sisa hidup yang masih berbaki ini untuk mengabdikan diri padaNya. Sungguh kalau kita dijanjikan syurga dengan amalan kita, pastilah syurga itu bukan milik kita. Amal kita itu hanya untuk kedudukan kita di dalam syurga. Takkan nak duduk syurga yang paling bawah kot. "Allahumma inni 'ala zikrika, wa syukrika wa husni 'ibadatik". Ya Allah bantulah daku untuk mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaiki ibadahku. Aamiin Ya Rabb. (Doa Saiyidina Muaz yang diajar oleh Rasulullah SAW). Kerana aku tahu SYURGA ITU MAHAL HARGANYA. MENATAP WAJAHMU YA ALLAH TIADA TERNILAI HARGANYA.. ALLAH.. ALLAH...

Terima kasih wahai guru untuk ingatanmu.

Ingatkan daku takkala terlupa


11 Safar 1437H






Ulasan