Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah. InsyaAllah entri ini akan jadi entri yang paling panjang dan menyedihkan. Sila sediakan tisu atau sapu tangan. Cik zieta tidak bertanggungjawab atas air mata anda. haha.. overacting!!!. Lama sangat mc lepas tu banyak tengok drama. Nak berdrama je dia. ^___^. Cik zieta taknak merepek tapi.. tapi.. cik zieta suka laaa.. terimalah cik zieta seadanya. Bila entri yang terakhir statik tanpa ada penambahan entri yang merepek, maknanya cik zieta sudah tiada lagi di dunia yang fana ini. Innalillahi wa innailaihirajiun.. Semuanya akan terhenti di situ dan pasti korang akan merindui cik zieta.. erk!! "takpun".. Boleh korang jawab macam tu... sampainya hati.. T__T
Perenggan pertama pun korang dah sedihkan. hahaha. Tak sedih pun takper.. Ada cik zieta kisah. hihi. -_____-... Entri ini adalah berkisah diari seorang pesakit yang bernama zieta.. huhuhu..
*****
~HARI PEMBEDAHAN~ 26/1/2016 (SELASA)~
Alhamdulillah. Terima kasih cik qina kerana sudi menjadi driver kepada cik zieta untuk menghantar dan mengambil cik zieta dari rumah pulang ke rumah. Betul tak ayat ni? hihi.. saja je bagi pening. Alangkah bahagianya andai cik qina jadi driver cik zieta selamanya. (pang!!.. bagi betis nak peha!).. Sian cik qina menempuh jem gara-gara keluar lambat. Sory cik qina. Jasamu dikenang.
Sampai kat Unit Pembedahan (Daycare Clinic namanya) kat PPUM pesakit dah ramai. Maknanya cik zieta sampai lambat. hahaha.. Temujanji pukul 7.30 pagi, pukul 8.22 pagi cik zieta baru sampai. Letak je dokumen-dokumen, dah kena panggil oleh nurse. Cik zieta rileks jer sebab dah tau prosedur macam mana.. Pastu dah tau jugak mesti kena last-last la.. hmmm dah lambat sendiri mau ingat la. Lepas tu ada cerita la pulak..
nurse: aikk awak datang dengan siapa. Beg ni saper nak pegang?
cik zieta: owh kena ada orang pegang ker.. ingat takper.. saya sorang jer.. drop by je tadi.. uhuk
nurse: dah macam mana tu?
cik zieta buat muka tak bersalah lagi naif.. hahaha.. ntah. sangat tidak berperasaan waktu tu. Tawakkal je la.
Dah tukar pakaian semua kena tunggu kat tempat pesakit menunggu. Waktu tu baru pukul 9.00 pagi kot. Kat situ cik zieta nampak ramai lelaki.. Oooo kat sini rupanya derang menyorok.. Biasa kat mana-mana pun perempuan lagi ramai dari lelaki. Kat sini 1:3.. huih banyak penyakit rupanya korang.. peace no war.. <___>..
Setiap pesakit ni ada doktornya. So kena tunggu dipanggil oleh doktor masing-masing. Bila nampak muka Doc Ridhwan dan Doc Ridhwan panggil sorang auntie ni.. ok so cik zieta tunggu je la sama ada lepas auntie ni cik zieta atau ada orang lain.. so cik zieta dok tengok-tengok konpem tak ada pesakit lain dengan Doc Ridhwan. Lepas auntie ni, giliran cik zieta la. Tapi lama oooo tunggu. last-last cik zieta tido kat situ. haaailaaa dah la ratu tido. lagi nak buat apa.. tido bangun tido bangun.. asal buka mata je nampak uncle depan dok usha. Nak je cakap 'tido la uncle'. aishhhh nampak sangat cik zieta tak ada perasaan. Orang lain maybe tengah bergemuruh nak operate.. 'ko boleh buat derk je zieta. siap tido buat tak kisah'. Hmmm ada aku kisah. Yang cik zieta kisah, takut tido berdengkur jer.. malu la.. Ada la jugak perasaan.. perasaan malu berdengkur. hahaha. Tapi tak kot.. Bersih.. wink.. wink..
Dah nak pukul 12 tengahari tinggal 2 orang je pesakit. Cik zieta dengan sorang budak lelaki ni. Auntie yang Doc Ridhwan panggil mula-mula tadi dah balik lama dah. Dok fikir juga apa menda la yang lama sangat tu. Takkan Doc rehat lama sangat kot. Tapi cik zieta rasa cik zieta tau sebab apa..
Masa nurse panggil cik zieta.. lagi sekali nurse jeling kat beg cik zieta. uhukuhuk.. dah kena buat urusan penyimpanan beg plak.. Bukan cik zieta tunggu doc, doc tunggu cik zieta. Ampun doc!.. Dah matron plak cakap naper tak cakap awai-awai.. erk!!.. ok malas nak cakap apa-apa. awak senyum je sambil cakap 'maaf yea matron.. terpaksa menyusahkan'.. ala cair la lepas cakap bebaik.
Kita kan kena selalu sedar dunia ni bukan kita punya. So jadi je rendah hati selalu. Buat salah minta maaf. minta tolong cakap le bebaik.. Jaminannya kita tak akan kena marah la.. derang tak sampai hati punye.. InsyaAllah. Tips supaya sentiasa bersabar dalam menempuh hidup ini. Dok sibuk urusan penyimpanan beg tu la Doc Duo datang bagitau derang tukar plan dari bius penuh kepada bius setempat. Siap cakap 'mula-mula je awak rasa sakit lepas tu tak rasa apa-apa'. Cik zieta just angguk-angguk dok sibuk ni nak simpan beg. huhuhu. Dan sekarang ni cik zieta rasa itulah yang membuatkan cik zieta tunggu lama. Derang discuss nak tukar plan la tu. hmmm..
Mujur cik zieta tak ada perasaan hari ini. Baring pun macam tak ada perasaan. Bila Doc baca Basmallah, haaa mula-mula memang rasa sakit seterusnya pun cik zieta rasa sakit sampai habis pembedahan pun masih rasa sakit. Ye la tu doc 'awak tak rasa apa-apa'.. Sabar je la. Hampir menitis la air mata ni tapi tak sempat bila Doc cakap 'ok.. dah siap'. Alhamdulillah. Serius sakit. Boleh rasa tau Doc potong-potong, tarik-tarik, cuci-cuci.. Pastu paling best bila dengar perbualan makan tengahari para doktor itu. Cik zieta rasa macam mereka memotong daging cik zieta seperti memotong daging lembu di steakhouse.. hamboooiii! that restaurant la.. klang restaurant la.. makan besar la... (ketawa)... depa la gelak.. cik zieta ni nak menangis da.. yeaayyy berjaya untuk tidak mengeluarkan air mata.
InsyaAllah setiap yang berlaku ada hikmahNya. Dan banyak hikmahNya.
- Kalau cik zieta bius penuh konpem cik zieta tak sedar. so siapa nak uruskan ubat semua tu. Dah la cik qina tolong hantar je tadi. Lagipun cik zieta memang taknak menyusahkan sesiapa.
- Masa sedar tu cik zieta boleh bayangkan pula keadaan masa kat neraka nanti. wei masuk neraka hidup-hidupkan.. pastu ahli-ahli neraka kena grill dalam api. jadi apa la daging tu.. pastu kembali keadaan asal kena grill balik. Sakit gila kot. Baru kena toreh pun dah nak meraung rasa. *** Boleh ke guna perkataan grill ni.. agak je la yea.. huhu.. bawa beringat la.. tak takut ker.. (tanya diri sendiri nih)
- Cik zieta cuba nak lenyapkan semua perasaan. Hanya ingat Allah. psssttt. Memang tak mampu. Kalau solat pun tak berapa kusyuk tak payah la rasa nak asyik sangat waktu pembedahan. Allahu Akbar. Jauh sangat lagi.
Dan lagi.. lagi.. lagi.. biarlah cik zieta simpan sendiri. Sungguh Allah telah menyusun semuanya dengan sebaik-baik keindahan.
******
Tengah cik zieta rehat-rehat sambil menjamah roti kering 2 keping beserta air coklat, Doc Ridhwan datang jumpa dan cakap 'saya minta maaf yea tadi. Saya dah tahu la, kalau pembedahan macam tu better bius penuh. Awak lebih selesa kan'.. huhuhu.. macam ni rrr doc.. macam ni rrr.. sakit tau tak.. Doc nak suruh saya buat pembedahan lagi ker.. cik zieta tulis kat blog je la macam ni.. hahaha.. Depan Doc cik zieta senyum je.. Tengah sakit kot. Ada ati ke nak gaduh dengan doc.. memang tak la.. Terima kasih je meniti di bibir. hmmmm...
Masa tu dah pukul 1.44 petang. Discaj, kelebet sana kelebet sini.. Dah 2 lebih. Driver aka cik qina dah sampai. huhuhu. Kesian cik qina nak rushing. Takut jem nanti nak balik kl semula. Dah la bawa mama tercinta dengan budak kecik farid. Cik zieta nak gi solat dengan ambil ubat lagi. Minta cik qina tapau bubur dan nasi ayam. Dah solat zohor pun bercinta juga. Semua kena slow motion. huhuhu. jumpa cik qina bagitau nak gi farmasi ambil ubat. cik qina nak tolong tapi jual mahal la plak. Kan taknak menyusahkan orang.
Mujur tau cik qina teman. sampai kat farmasi tengah tunggu nombor cik zieta dah pitam. Gelap gelita dunia. Ya Allah masa tu Tuhan je yang tau. Lepas sedar sikit buka mata, cik zieta pitam balik kali ke dua. Ya Rabbi. Ada pulak ubat yang tak ada kat farmasi kerajaan tu. Nak kena beli plak kat farmasi swasta pula. Nasib baik satu lorong je. Ingat dah ok. Dalam farmasi tu sekali lagi rasa nak pitam. Itu auntie jual produk ada hati lagi mau iklan-iklan dia punya produk. aiyak!!!. sabar je la.
Konon awal tadi nak teman cik qina gi tempat parking. huhuhu.. memang surrender. cik zieta dah tak larat. Nak pitam lagi ntah untuk kali ke berapa agaknya. Terpaksa tunggu cik qina kat tepi jalan. mujur la memang tempat menunggu. Sakit pun dah terasa. Mungkin ubat bius dah hilang kebiusannya (taktau nak guna perkataan apa). Dahi dah berpeluh-peluh. Menggigil cari ubat tahan sakit sampai jatuh la sebijik ubat tu kat lantai. Sayangnya. Ubat tu la yang beli tadi. RM4 tau sebijik.
Makcik sebelah dah pandang-pandang cik zieta yang macam orang gila. Sakit tau tak makcik. Memang boleh meraung ni kalau tak ada iman. Huhuhu. Alhamdulillah bila nampak kereta cik qina terus masuk belakang dan baring. sorry. cannot say anything. Memang cik zieta hanya menahan kesakitan. Dan alangkah leganya bila mata terlelap sedikit demi sedikit. Walaupun masih terasa gegaran jalan yang tak rata, sekurang-kurangnya sakit dah semakin berkurangan. Rasa macam baca novel je kan.. hahaha.. korang layan je la.
Jadi sekarang cik zieta betul-betul faham mengapakah pesakit tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri. Sebelum ni faham jugak tapi ni memang haqqul yaqin. Sebab cik zieta rasa sendiri.. So jangan nak melawan kalau tak ada ilmu tentang apa yang tidak tahu. Awak akan tahu bila awak mengalami sendiri. Sampai rumah jugak la akhirnya. Terkedek-kedek naik 4 tingkat lagi untuk sampai ke rumah. Dah saper suruh dok umah tinggi-tinggi. Korang kalau dah kawin jangan dok tinggi2 la. Ada lif takper. Sian ooo kalau bersalin ke sakit ke yang kena bedah-bedah ni. Kes bersalin la selalu. Nak-nak pulak tiap tahun korang bersalin. Aishhh ngeri la. T_T.
So ingatan cik zieta.. Buat diri sendiri terutamanya kalau ada saudara mara kita baru menjalani pembedahan, bantulah mereka. Memang mereka nampak kuat tetapi pembedahan itu memang sakit. Walaupun derang cakap ok! nak-nak pula mereka yang degil macam cik zieta. Tarik telinga baru tau. Bagi masa untuk mereka berehat sekurang-kurangnya 24 jam. InsyaAllah.
Terima kasih Cik Dayah sebab nak temankan tidur. Tapi cik zieta menolak. Ok kot. Sebab lepas maghrib cik zieta nak tido dah. Takut nanti tetamu tak biasa terkial plak sengsorang. Isyak pun dah niatkan lepas bangun. mudah2an Allah kejutkan awal. Tapi amazing sangat. Sebelum pukul 1 pagi dah terjaga. Subhanallah. Alhamdulillah. Masa sihat tak pun... T_T.. hmmmm...
Ulasan
Catat Ulasan