Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
~HARI KETIGA~ 28/1/2016 (KHAMIS)~
Pepagi dah dapat wasap cik qina.. Baikkan cik qina ni. Hmmm baik sangat tau. Tanya dah makan belum. So cik zieta cakap tunggu cik dayah. cik dayah nak datang pukul 9.00 pagi nanti. Dia bawa nasi lemak sekali katanya. Cik qina awai-awai cakap dia tak puasa hari ini. hihihi. Ni la soalan yang cik qina tanya macam mana nak istiqamah puasa sunat. cik zieta dah jawab seperti di entri sebelum ini dan lagi satu kena la mujahadah. Cik zieta cakap mungkin sebab cik zieta dah biasa puasa dari kecil. Jadi mudah sikit pada cik zieta.
*******
Imbas kenangan jap..
cik zieta ni orang susah. Adik-beradik ramai. 10 Orang. Dulu kami memang susah. Kira kais pagi makan pagi. Mak dan abah mesti dahulukan anak-anak. Cik zieta biasa tengok abah makan nasi letak air panas letak gula. hihihi. Masa tu cik zieta pergi kat abah tanya sedap ka abah makan macam tu?.. Abah cakap sedap. Pastu cik zieta rasa jugak.. hmm tak sedap pun.. hahaha. Tapi cik zieta diam je la. Sebab masa tu cik zieta dah belajar erti kesusahan. Dah biasa makan nasi dengan cabai kering je. Atau pun mak buat sambai makan dengan timun. Timun masa tu mak ada tanam kat tepi rumah. Tapi kan masa tu, mak masak macam tu je pun rasa sedap sangat. mesti mak sangat ikhlas.. hihihi. sayang mak 100%. Alhamdulillah semua tu buat cik zieta jadi pandai untuk berpuasa. Selalu pergi sekolah kalau abah bagi duit simpan untuk beli alat-alat tulis. Macam pembaris, pensel, buku dll. Cik zieta memang tak sampai hati nak minta duit kat abah. Pasal tu kot.. cik zieta mudah untuk berpuasa. Alhamdulillah.
Ok dah. Kembali ke alam realiti.. Hihihi
Hmmm.. cik dayah datang kira-kira mata cik zieta nak terpejam.. Mujur belum terlena. Cik Dayah datang bawa nasi lemak dan beras.. Dan alhamdulillah... cik dayah bawa roti dan juga milo. Yeayyyy.... Cik zieta tak ada la cakap apa-apa kat cik dayah. Sebab cik zieta kenal cik dayah macam mana. Kalau cik dayah tahu waktu tu cik zieta tak ada apa-apa pun kat rumah, nanti cik dayah buat drama pulak. hahaha.. Korang rasa apa perasaan cik zieta waktu itu?
Rasa bersyukur sangat. Sebak di dalam hati. Sebab apa? Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.. Kalau rezeki itu dah memang milik kita, kita akan mendapatnya juga walaupun kita tak minta. Yea cik zieta pernah terniat untuk minta cik dayah belikan roti dan milo tapi cik zieta rasa dah cukup dah kalau ada beras je pun. Tapi Allah bagi dengan cara yang tak disangka-sangka kan. Maha Baik Tuhan. Nikmat manakah yang engkau dustakan? (Surah Ar-Rahman). Kita selalu je mengalami keadaan macam ni tapi adakalanya kita tak sedar. Nikmat yang besar pun kita selalu lupa apatah lagi nikmat yang kecil-kecil. Allahu Rabbi. Terukkan kita. Hmmm hamba yang jahat. Astagfirullah.
Lepas cik dayah balik cik zieta abiskan masa dengan aktiviti tido. Puas la ratu tido... Amboiiii seminggu mc kerja tido je ratu... Siap la ko nanti... hahaha.. wink.. wink.. >_<
Ulasan
Catat Ulasan