Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Setiap kali mendongak ke langit cik zieta akan teringat nasihat Rasullullah SAW kepada Saiyidina Muaz ini. Kepada Saiyidina Muaz ke atau kepada kita sebenarnya nasihat itu diberi. haaa sila jawab sendiri.. Waktu itu Rasullullah SAW sedang melihat ke langit dan seperti di bawah ini kata-kata baginda.
******
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)
Berikut ialah sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:
1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain (tiada kasih sayang)
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.
Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:
1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.
Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah S.A.W. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.
Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Jadikan petikan hadith ini sebagai peringatan dan panduan dalam kehidupan seharian kita.
*******
Petikan dialog saiyidina Muaz -___^..
"Tuan, Engkau Rasullulllah.. sedangkan saya ini hanyalah Muaz"
Dialog tu panjang sangat.. google la sendiri cerita ni banyak je korang akan jumpa. InsyaAllah. cik zieta malas nak taip panjang-panjang. Kalau Saiyidina Muaz cakap macam tu kat Rasullullah SAW, cik zieta pun nak guna dialog yang sama untuk bertanya:
"Itu Saiyidina Muaz yang tetap berasa bimbang sedangkan beliau di sisi Rasullullah.. sedangkan saya ini hanyalah si rozita"... huhuhu. Allahu Rabbi
Langit pertama pun cik zieta dah geleng kepala. Yang masuk bab riak tu jangan cerita la... Banyak rrr.. T__T.
Pesan syeikh: Kalau ada rasa riak tu.. Buat je sampai rasa riak tu hilang.. Allah.. Allah.. Semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia lebih-lebih lagi akhirat. Aamiin Ya Rabb.
ingat cik zieta bila melihat langit.. selalulah ingat.. huhu |
5 Jamadilakhir 1437H |
Ulasan
Catat Ulasan