Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Hujan membasahi bumi.. membasahi juga hatiku ini.. Adeei nampak watie kat punch card dan dia menegur "hari terakhir kak".. weii saja tau.. hujan pun dah berhenti,, awak buat mendung lagi.. mula la rasa sebak. Nampak pula cik qina dalam kereta kat parking. Lagi la sebak. Sayang betul cik zieta kat korang.. hahaha.. Ya Allah.. mudah-mudahan cik zieta seperti matahari yang sentiasa menerangi orang-orang di sekeliling. Cik zieta sayang mereka kerana Allah.
Budak-budak ni semua takdak. As EL.. wawa cuti.. Jamal kursus.. En Loke & Pn Zuraini cuti. Tinggal cik zieta dan pn noraini. Kejap lagi pn noraini pun nak gi meting kat JPA. Tinggal la cik zieta sorang-sorang di hari terakhir. Alhamdulillah. rasanya itu lagi baik. Supaya air mata ni tak mengalir lagi. Tapi gila la tak mengalir. Mesti mengalir punya la tapi mungkin tak seteruk hari Jumaat tadi. Rasa sangat keakraban kami di Unit PJ. Huhuhu.. !___!
Tak ada rasa nak buat apa. Nak buat luahan perasaan saja. Belajar menerima kehilangan. InsyaAllah , Allah akan ganti yang lebih baik. Hari Sabtu tadi terserempak dengan dia. Pandang sekali imbas. Relakan hati untuk melepaskan pergi. Cik zieta melihat satu rancangan kat TV Alhijrah. Teguran dari Allah lagi dan lagi. Hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram melalui 'pesanan suci'. memang suci sangat. tak ada merepek pun tapi kalau dah selalu sangat berhubung mau tak ada perasaan suka. Tipulah. Jadi sebelum hati ini tercemar maka cik zieta mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Ini dah bukan hubungan kawan yang biasa-biasa. Jangan nak tipu diri sendiri.
Lebih menakutkan bila sekarang ni mengaji 'kitab dosa-dosa besar' dan 'kitab muhimmah'. Syeikh dah tegur 'jangan sesekali menghampiri zina'. Sedar tu sedar. Cuma selalu menipu diri tak ada apalah.. kawan je ni. Ye ka kawan.. eh eh eh.. So bila muhasabah diri.. tak boleh percaya dengan perasaan sendiri. Nafsu semua ni. huhu. Sentap lagi bila syeikh cakap 'jodoh yang baik itu diaturkan oleh keluarga atau tok guru. Itu satu kemuliaan'. Baik. Insaf. Lepas daripada tu cik zieta dengan dia sama-sama diam. Mesti sama-sama sentapkan. haha. Dia kalau sebelah pihak ja susah nak berubah, tapi kalau dua-dua berubah insyaAllah, semua jadi mudah. Lupakan semua ni zieta. Bakar semua kenangan 2 tahun ni. Mujurlah hari tu dia nak buatkan meja tulis cik zieta taknak. Buat hati susah ja. Bijaksana juga la masa tu sebab dah tau pun salah. Saja cari penyakit. Lagi tak kena tegur. Dah kena tegur padan la muka kan. Tertipu dengan nafsu ja. Jadikan pengajaran.
'Awak tak akan mati tanpa cinta manusia tetapi awak tak boleh hidup tanpa cinta Allah'
Taknak cinta Allah menjauh, gapailah redha Allah. Korbankan yang lain dan kosongkan hati hanya untuk Allah. InsyaAllah nanti Allah kurniakan cinta-cinta yang lain. Dunia dan akhirat itu milik Allah. Jadilah hamba Allah yang bertaqwa. Jadilah wanita yang solehah. Kalau Allah takdirkan awak untuk berkahwin, insyaAllah dia itu pastilah yang terbaik untuk awak. Dan dia itu tak semestinya dia yang awak suka. Seandainya awak tiada jodoh di dunia ini, percayalah dia yang soleh itu sedang menunggu awak di sana nanti. Tarik nafas zieta dan lepaskan. Lapangkan dada. Senyum. ^___^. hahaha. Qowiey zieta.. qowiey.. Mujur tak jauh sangat.. Boleh la patah balik cepat. hahaha. Berhentilah stalker saya.. ke awak yang stalker dia.. hahaha.. ",).. udah-udah le tu.
...NOKTAH...
Ujian di dalam perjalanan. Terima kasih Tuhan atas teguran. Lepas tu memang dapat kemuliaan sangat. "Ko mau ka jadi maduku".. Adeeei.. Isteri mana ni baik sangat. Cik zieta dah tergelak. 'Atun walaupun saya sayang awak, itu tak bermakna saya mau jadi madumu atun'.. walaupun suamimu sangat hensem di mataku dengan berserban dan berjubah putihnya (ini cakap dalam hati je la).. haaaa tengok laki orang. Nak buat macam mana dah selalu terserempak. hahaha. Dukalara hatiku ini tau. Lepas satu, satu datang menguji. Kalau dia bagitau suami dia, cik zieta ni calon madu dia weiii malu laaa. Adeei. Atun alahai atun. Cari pasal betul awak ni. Penat.. cik zieta sangat penat. Nak lupakan semua ni. Ujian jodoh ni ujian terberat rasanya dalam hidup cik zieta. Allahu Akbar. Berikan aku kekuatan dan kesabaran Ya Allah. Aamiin Ya Rabb. Cik zieta nak berhijrah.. Hijrah dari semuanya. Nak mulakan hidup baru. Kehidupan baru. Segala-galanya. InsyaAllah.
Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang ada di dalam hati ini....
*** Ujian yang didatangkan tak seberat mana. Allah menguji mengikut kemampuan. Terima kasih Ya Allah kerana memilih hamba untuk menghadapi ujian itu. Betulkan.. Tanpa sedar kita dah melalui setiap ujian. Kalau toleh ke belakang seolah-olah tak percaya kita dah melalui garisan tersebut. Subhanallah. Jadi jangan ada rasa kebimbangan dan kesedihan. Hasbunallah wa nikmalwakil.. (ok cik zieta gagal dalam merumikan ayat-ayat jawi. Harapnya betullah ejaan tu.. cik zieta pandai tulis jawi ja.. hohoho.. konon ^____-..)
*** Ujian yang didatangkan tak seberat mana. Allah menguji mengikut kemampuan. Terima kasih Ya Allah kerana memilih hamba untuk menghadapi ujian itu. Betulkan.. Tanpa sedar kita dah melalui setiap ujian. Kalau toleh ke belakang seolah-olah tak percaya kita dah melalui garisan tersebut. Subhanallah. Jadi jangan ada rasa kebimbangan dan kesedihan. Hasbunallah wa nikmalwakil.. (ok cik zieta gagal dalam merumikan ayat-ayat jawi. Harapnya betullah ejaan tu.. cik zieta pandai tulis jawi ja.. hohoho.. konon ^____-..)
30 Muharram 1438H |
Ulasan
Jodoh Cik Zieta dah lalu tu.. Cuma tak leh singgah lagi sebab tak dpt izin lagi.. Hikhik.. Ada yg nak menyunting tp org yg nk menyunting tu baiknye la hati sampai sanggup nak bermadu.. Adeiii.. Special kes nie.. Haha.. InsyaAllah ade tu jodoh Cik Zieta.. Aminn.. Sesama kite doa ye..
Yakin. Sesungguhnya apa yang Allah tentukan pastilah yang terbaik. Dont wory cik qina.. InsyaAllah.. @__@
Catat Ulasan