Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sampai satu ketika, akan ada situasi meninggalkan dan ditinggalkan. Kesakitan itu pasti akan terasa bila ianya melibatkan orang-orang yang tersayang. Lambat atau cepat, akhirnya kita akan menghadapinya dengan satu saja alasan iaitu 'kematian'.
Selamat tinggal BPK. Tiba masanya cik zieta pergi meninggalkanmu. Bukan tak sayang, tapi telah tiba masanya untuk diriku terus melangkah. Mencari pengalaman di bumi Tuhan. InsyaAllah, semua ini akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Cik zieta sedang menghitung hari. Bimbang juga nak menghadapi kehidupan baru, semoga Allah mempermudahkan perjalanan ini. Allah selalu ada. DIA tak pernah meninggalkan hambaNya. Cik zieta yakin itu. Yang penting jagalah Allah. Ingatlah Allah di dalam setiap suka dan dukamu pasti Allah akan sentiasa memandangmu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa di dalam hati ini.
Banyak perkara yang cik zieta sedang belajar. Belajar menerima kehilangan. Sesungguhnya perkara yang kita rasakan baik untuk kita belum tentu baik untuk kita. Belajar mengorbankan perasaan. Dunia ini bukan tempat untuk bermimpi yang indah-indah...
Buat sahabat yang ku sayangi cik Qina,
Dirimu pasti membaca catatan ini. Semoga persahabatan kita akan terjalin hingga ke jannah. Sayang ini kerana Allah. Jaga diri baik-baik. Semoga tetap dalam pendirian, tegas dalam setiap keputusan. Apapun yang awak buat, letakkan Allah terlebih dahulu di hadapan. Biar apapun pandangan manusia, jika apa yang awak buat tidak salah dari syariat, abaikan pandangan mereka kerana pandangan Allah itu adalah yang utama.
Semoga terus istiqamah di jalan Allah. Mari kita bersama-sama menjadi wanita syurga. Sentiasa mentaati suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Jaga solat. Sentiasa menunggu solat dan solat di awal waktu. InsyaAllah, setiap kali kita mendahulukan Allah, Allah akan mempermudahkan setiap kerja kita. Itulah yang Allah janjikan dalam azan yang dilaungkan. InsyaAllah. Semoga cik qina bertemu dengan lelaki yang soleh yang akan sentiasa bersamamu hingga ke sana nanti. Jom bersungguh-sungguh mencintai Allah, mudah-mudahan Allah akan menghadiahkan dia yang juga mencintai Allah.
Terima kasih cik Qina selalu ada buat cik zieta selama cik zieta ada di BPK ini. Semoga Allah sentiasa merahmati dirimu di dunia dan akhirat. Lovely fren... ^___^.. Love u.. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian di sini. InsyaAllah... !___!..
Terima kasih Ya Allah di atas penghijrahan ini. Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah di atas penghijrahan ini. Alhamdulillah.
Ulasan
Sedih sebab sahabat baik sye dah jauh dr sye.. Tapi sejauh mana pun awak pergi, awak tetap sahabat sye dunia akhirat.. Byk yg sye belajar dgn awak.. Semoga berjaya dalam apa pun yg awak buat & sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu.. Thanks for everything Cik Zieta.. Uhibbuki fillah..
#tilljannah #wanitasyurga #jagasolat #islamisfirstclass #istikharahcinta
Luv,
Cik Qina
Terima kasih cik qina menjadi sahabat saya. Ingatku dalam doamu. InsyaAllah.. Banyak hashtag tu ^___^..
Catat Ulasan