~Hidup Ini Berkenaan Pilihan~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lamanya tak menulis. Rasa malas amat nak buka blog untuk menaip. Semakin bertambah tahun semakin terasa hidup semakin pendek. Hidup ini berkenaan dengan pilihan. Pilihlah untuk hidup di jalan Allah dan Rasul. InsyaAllah kita akan bahagia.. Setiap waktu yang berlalu adalah umur kita. Semua itu akan ditanya bila kita mati nanti. Cik zieta manusia biasa yang sedang belajar menyucikan hati. Hati inilah yang mencerminkan segala.

Kata ulama', kusyuk di dalam solat itu bukanlah semata-mata kamu menangis teresak-esak di dalam solat tetapi yang sebenarnya adalah akhlak kamu di dalam kehidupanmu. Bagaimana tertegahnya kamu daripada melakukan larangan diantara solat sehinggalah pengakhiran hidupmu. Itulah sebenarnya kusyuk bila hati kita sentiasa musyahadah (melihat Allah)  dan muraqabah (rasa diperhatikan Allah).

Apa yang sebenarnya kita mahu dalam hidup ini? Hidup semata-mata untuk mencari duit, tambah rumah, tambah kereta, shopping, makan, tidur, berkahwin.. itu saja! Cik zieta biasa melihat manusia bangun awal pagi di hari-hari biasa untuk pergi bekerja tetapi di hari minggu, bangunnya pada pukul berapa.. solat subuhnya adakala hanya di hujung-hujung waktu atau berlalu begitu saja. Lebih menyedihkan langsung tak diendah.. Alangkah... Sedangkan kita hidup di bumi Allah. Patutnya kita bangun untuk menyembahNya terlebih dahulu. tetapi kenapa kita selalu lupa kepadaNya. Allahu Akbar.

Merenung ke dalam diri...

Itulah cik zieta.. huh. sama saja dengan mereka-mereka di luar sana. Kita tak berperang di medan jihad seperti orang-oarang dahulu tetapi kita sedang berjihad melawan hawa nafsu.. Allahu Rabbi. Berikan kekuatan yang bukan sedikit untuk menempuh perjalanan yang berliku.. Aamiin Ya Rabb.




~ Sebenarnya catatan ni dah lama dibuat.. baru hari ni rajin nak terbitkan. 😓


7 Jamadilakhir 1438H






Ulasan