~Tema Baru~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ok tak tak tema baru blog cik zieta?

Saja nak berwajah baru. Ok kan.. kan... Blog pun nak bertukar jugak. Asyik gitew jer. Bosan kan.😀😁😁

Alhamdulillah mood baru selepas balik dari kampung. Selalu pun macam tu.. hakhak. :P.. lepas tu ntah apa-apa. Susah kan nak jaga hati. Tu la unik sangat hati ini. Dia boleh jadi macam-macam yang tak terjangka. >__<.

Setakat ni hati ni ok lagi. hahaha.. masih kuat bertahan melawan ombak dan badai. (zieta kritikal).. yess rasa macam tu la. Ubatnya nak kena pergi zauwiyah selalu. Dok berlama-lama di situ. Memang rasa ada keberkahannya. Nak-nak pula bila sampai awal. Orang lain tak ada. Kesunyian yang dirasa macam mendamaikan jiwa sangat. Leka berlama-lama di atas sejadah rasa macam tenggelam dalam amukan perasaan. kesiankan cik zieta.. hmmmm. melankolik.

Bila malam makin berlabuh mula la rasa taknak balik. Tapi kena balik jugak. Tambahan pula bila cik zieta datang seorang diri tanpa ditemani. Seusai pengajian terus minta diri. Sampai kak Ros buat isyarat suruh syeikh carikan suami. hahaha. hmmm. Owh ya mak tiri-mak tiri hari tu dah mendiamkan diri. Jahat yea cik zieta. Iya la mula-mula nampak bersungguh lepas tu sunyi sepi. Itu la sebabnya cik zieta tak pernah mengharap. Cukup la tu. Dont worry kak ros (dulu rasa tak ngam ngan kak ros. la ni macam baik sangat la plak. hahaha.. pelikkan. hidup ni memang misteri).. cik zieta masih boleh berulang alik sendiri. Tak ada masalah pun.

Tujuan cik zieta datang zauwiyah untuk close to Allah bukan nak cari jodoh. Kalau itu yang menjadi halangan untuk cik zieta datang zauwiyah, memang awal-awal lagi cik zieta dah kalah dah dalam perjuangan ini. Dalam keseorangan itu sebenarnya mempunyai hikmah yang bukan sedikit untuk dirungkai. Terpulang pada individu itu sendiri untuk menilai. Tetapi untuk cik zieta berpatah balik tak akan sekali-kali. Begitu jauh perjalanan cik zieta untuk sampai di sini.. mengalah tak akan ada dalam kamus cik zieta. InsyaAllah mudah-mudahan Allah kurnia istiqamah.

Bayangan Ramadhan menggapai mencuri rasa.. dah simpan angan-angan untuk banyak ada di zauwiyah Ramadhan ini. Bauan Ramadhan itu dah terasa keharumannya.. hahaha. cik zieta makin kritikal. Allahu... kuatkan hati hambaMu di dalam perjalanan ini.






~owh cik zieta baru perasan, ada tulisan-tulisan cik zieta telah hilang. Saper suruh tak buat duplicate. huhuhu. Ya Allah. Hilanglah kenangan. Nak buat camner. ok bai............... sendu :(

24 Jamadilakhir 1438H



Ulasan

Love Qina berkata…
♥ Assalamu'alaikum..

♥ Waaaaahhhh.. Cantiknya blog baru awak.. baru terang mata nengoknye.. i like.. hahaha..

Unknown berkata…
waalaikumussalam... huih cepatnya respon. Baru ja terbitkan cerita ni. :P