Petang itu pulang daripada kerja bertembung dengan seorang makcik di tangga.. Berbual bersahaja.. Sebentar cuma.. masing-masing mahu pulang ke rumah. Setiap pertemuan pasti disusuli dengan persoalan???.. Hmmm perbualan yang sebentar itu membawa persoalan kepada siapa? kenapa? mengapa? bagaimana?.. Banyak lagi ni sebenarnya.. hihi.. aqal ni memang panjang betul berfikirnya...
Setiap pertemuan itu pasti ada hikmahNya.. Betul tak? Ada yang kita bertemu akan pergi begitu sahaja tetapi ada juga yang terjalin ukhwah buat selamanya.. Pertemuan dan perpisahan tak pernah kita duga.. hakikatnya semua sementara.. Cuma pada segala sesuatu itu ada pelajaran di situ. Sama ada jawapannya kita dapat dengan serta-merta atau menunggu masa bertahun lamanya.
Pastikan setiap hari kita suburkan cinta kepada Allah dan RasulNya.. Dan kita sebarkan cinta buat makhlukNya.. InsyaAllah. Sesungguhnya Allah itu bersifat Pengasih.. Semoga Allah memelihara hubungan kita denganNya dan juga hubungan kita dengan makhlukNya.. Aamiin Allahumma Aamiin.
Ulasan
Catat Ulasan