~Hujan~



Kisah beberapa hari yang lalu dan dikisahkan pada hari ini…

Pada suatu petang.. hari baru lepas hujan.. balik kerja cuaca mendung. Jadi buka tingkap hirup udara kat luar.. dah sejuk pun..

Cik zieta di lorong kanan bersaing dengan Bas Rapid KL di sebelah kiri.. Tanpa cik zieta sedar di hadapan bas ada air yang bertakung.. Bas terus laju melanggar air yang bertakung dan cik zieta terpana seketika.. melihat air naik hingga ke bumbung kereta dan masuk ke dalam kereta.. pantas tangan menutup tingkap.. Allahu Rabbi.. lencun.. Cuma tak banjir je.. hihihi

Di hadapan lampu trafik bertukar merah dan cik zieta pun akur berhenti. Di sebelah bas tadi juga dengan pemandu memandang dan tersengih bersahaja.. cik zieta memandang muka pemandu hmmm buat muka comel je ler (perasan je nih).. nak wat camne..

Berkatalah wahai hati.. Aduhai SABAR,.. KPI mu di mana??.. muhasabah diri.. Respon anda bagaimana..
  1. Memaki pemandu bas
  2. Sempat memaki lepas tu tersedar dan beristigfar
  3. Sabar.. sabar.. sabar..
  4. Alhamdulilah.. Kau mengujiku dan Kau kurniakanlah aku kesabaran.. aku redho..
Fikir-fikirkan.. kerana perkara begini selalu terjadi…


~ Sempat belek tudung kat cermin.. ok.. maintain cun.. :ketawa:.. perempuan.. perempuan.. cermin dimana pun jadi..

Ulasan