Sungguh kita manusia kadang-kadang terlupa.. rezeki yang Allah kuniakan bukan sekadar untuk kegunaan dan simpanan kita sahaja tetapi ada yang perlu kita infakkan. Sudah termaktub dalam firmanNya.. Terlalu banyak ingatan buat hambaNya.. "Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat". Tetapi kita selalu tidak mengendahkan kecuali hamba-hambaNya yang bersyukur.
Alhamdulilah.. cik zieta jua tidak lari dari kealpaan di saat mula bekerja. Sehinggalah suatu hari ada perbualan gurauan antara abah dan anaknya yang seorang ini..
"abah nak pinjam duit boleh tak?. Dalam RM2000 cukuplah".
"RM2000 bah.. RM200 ada la bah..".
"Ai takkan RM2000 pun tak ada.. Buat apa duit...".
"Tak cukup bah.. bayar sana bayar sini. Tak ada pun yang tinggal"
"Hang bayaq zakat dak?"
"Nak bayaq lagu mana duit pun tak cukup".
"Patutlah tak cukup.. tak berkat"...
Gulp... Allahu Rabbi.. MasyaAllah. Hari itu memang menyedarkan cik zieta tentang amanah yang tak ditunaikan. Itulah jalan ceritaNya.. Gurauan abah dari Dia untuk mengingatkan tentang sesuatu yang cik zieta telah terlupa.. Air mata selalu mengalir bila mengingatkan KebesaranNya.. Pandangan kasih sayangNya supaya hambaNya tidak terus alpa.. Sungguh nikmat itu bila disyukuri akan ditambah.. Itu janji Allahu Taala.. Benarlah.. cik zieta tidak pernah berasa tidak cukup.. Cukup dengan segalanya.. Subhanallah.. Alhamdulilah.. Allahu Akbar..
Ulasan
Catat Ulasan