~TV~

Tertengok Dokumentari Tragedi Pondok Pak Ya 27 Syuhada di siaran Astro Oasis. Kalau tak memang tak pernah tahu tragedi ni. Ye la tahun 1989. Cik zieta pun baru berusia 8 tahun. Tragedi yang menyayat hati tapi mereka pergi dalam keadaan yang sangat baik. Mati terbakar dalam keadaan sedang menuntut ilmu..MasyaAllah.. Tabarakallah. Telefilem akan ditayangkan pada 1 Januari 2014 di Astro Box Office.

Rasanya medium tv ni dah penting sekarang. Walaupun saya dengar masih ada mereka-mereka yang tak mahu menerima kehadiran tv di dalam rumah mereka.. Kehadiran tv???.. hihi.. sesuaikah ayat ni..  Ni kalau Dewan Bahasa Dan Pustaka baca ni terus gagal Bahasa Melayu.. Peti Bodoh kata mereka. Zaman sekarang ni kehadiran alat-alat teknologi tak boleh nak dinafikan pun. Di dalam generasi X dan Y.. Itu semua sebagai alat bukan matlamat. 'JANGAN' tengok siaran tv.. tak senonoh betul cerita sekarang ni. TV tu tak salah pun tapi penggunaannya ke arah mana itu yang menjadi agenda.

Kalau tengok siaran di tv sekarang, dah banyak siaran-siaran berunsurkan agama walaukan siaran-siaran hiburan pun tak kurang hebatnya. Alhamdulilah nak banding dulu dan sekarang terasa sangat besar jurang perbezaannnya. Dah banyak siaran-siaran cinta ilmu cuma antara nak lihat atau tidak. Antaranya Halaqah, Tanyalah Ustaz, Muqaddimah, Semanis Kurma, 30 minit Ustaz Don, Jalan Orang Mukmin, Reflections, Forum Perdana dan macam-macam siaran lagilah..

Apapun ikutlah pendapat masing-masing. Bersetuju atau kurang bersetuju terpulang. Mudah-mudahan Allah melorongkan Taufik dan HidayahNya buat kita untuk sentiasa melakukan kebaikan.. Amin Ya Rab.




Ulasan