~Luahan Hati~

Satu ketika cik zieta membaca.. membaca luahan hati seorang hamba kepada kekasih Allah, kekasih kita, Baginda SAW. Sungguh ia sangat terkesan di hati. Apa yang Baginda SAW ingatkan kepada kita ianya sedang berlaku. Umat akhir zaman itulah kita. Kita di ambang kiamat yang tanda-tandanya semakin hari semakin jelas kita nampak. Kita tak mampu nak menahannya kerana itu fenomena yang akan berlaku dan itu adalah janji Allah.

Apa yang kita mampu buat, ambil iktibar sebagai pelajaran dan pengajaran serta saling berpesan-pesan, ingat-mengingat jika kita sayang saudara-saudara kita seperti mana yang Allah berfirman dalam KitabNya. Mukjizat yang paling hebat yakni Al-Quran. Bacalah.. bacalah.. bacalah.. sungguh di dalam itu terkandung segala-segalanya.. Allahu Rabbi.. Hidup ini tidaklah panjang kerana hidup di sana itu lebih lama dan selama-lamanya. Allah.. Allah.. Allah

Kami tak punya apa-apa Ya Allah. Melainkan RahmatMu kami bergantung harap. Lindungilah kami Ya Allah.. Lindungilah kami di dunia dan di akhirat. Amin Allahumma Ya Allah.

Ulasan