YM

Diketawakan oleh seorang kawan..

'whatsapp la... apa la YM lagi.....'

Hmmm.. ada ke saya rasa nak peduli????..hihi (ayat malas amik pot).. alahai kalau nak ikut semua teknologi tak terhitung.. tak terpakai dek jari.. telefon saya ni kan cokia je. mana la nak ada whatsapp bagai... ermmm.. Dah selalu kena marah supaya tukar telefon.. Hairan juga. Awat la depa dok kisah.. macam depa nak contact setiap hari plak kan.. sekali sekala je kot.. sms dengan call tu boleh lagi apa.. haiiilaaaa..

Kena selalu ingat yea wahai hati bahawa 'sebahagian itu menjadi ujian bagi sebahagian yang lain'. Telefon tak canggih tak akan mati. Tiada cahaya di hati, itu yang akan mati.. HATI MATI. Itu memang bahaya.

Hidup kat dunia ni kalau ikutkan kehendak semua kita hendak. Tapi bijaksana Allah, Dia bagi apa yang kita perlu. Cuma kita je selalu tak pandai menghargai apa yang kita ada sebab kita selalu melihat apa yang orang ada. Maka apa yang kita ada jaranglah kita syukuri.. Allahu Rabbi.. Inilah hamba..

Pesan tuan Rahbani Ahmad.. semoga Allah memberkati dirimu..

'Mohonlah kepada Allah supaya menjadi kaya. Kaya dalam ketaatan kepadaNya.. Allahu Ya Ghani.. Itulah kaya pada erti sebenarnya kaya. Bukan sahaja kaya di dunia bahkan kaya di akhirat'

Allah.. Allah.. Allah



Ulasan