Ajaibnya Al-Quran itu.. setiap kali baca tak pernah jemu. Setiap kali membaca juga seolah-olah ayat itu macam baru dibaca. Peringatan berulang agar tidak terlupa. Untuk yang bernama manusia agar selalu diambil pelajaran.
Semalam baca surah Ali Imran ayat ke 31 ni terngiang-ngiang.. teringat-teringat.. :)
Firman Allah:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Baginda SAW itu adalah contoh ikutan yang terbaik. 'Uswatun Hasanah'..
Cik zieta jadi ingat kisah Baginda SAW yang solat semalaman dan ketika ditanya oleh Aisyah kenapa Baginda SAW solat begitu banyak sampai kaki bengkak padahal Baginda SAW sudah dijamin masuk syurga dan Baginda SAW menjawab, “Aku ingin menjadi ABDAN SYAKURA (hamba yang pandai bersyukur)” .
“Hanya sedikit orang yang pandai bersyukur….”.. maka berusahalah untuk memasuki golongan yang sedikit itu.. Meneladani Baginda SAW. Mohonlah agar kita sentiasa dicukupkan dengan tidur yang sedikit dan dipermudahkan untuk bangun di hening malam untuk bermunajat kepadaNya takkala mereka yang lain sedang diulit tidur yang lena. Hanya Dia yang berkuasa untuk mengurniakan itu semua kerana Allah yang memiliki segala-galanya.
Peringatan buat diri... haaa ingat tu.. :).. buat banyak dan banyak kemudian memperbanyakkan lagi. Jangan gaji dengan bonus je nak banyak. Tiap-tiap tahun pulak tu. Amalan tu kat takuk camtu jugak... haiiilaaaa... Allahu Rabbi. Permudahkan Ya Allah. Amin Allahumma..
Ulasan
Catat Ulasan