Semalam di IKIM Ustazah Norhafizah meyampaikan perkongsian tentang Nuun. Hmm menarik. Dari surah Al-Qalam.
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis (68:1)
----------------------------------------------------
Ilmu itu umpama binatang buruan
Catatan atau tulisan sebagai ikatannya
Jikalau kita tidak mengikatnya
Binatang buruan itu akan terlepas
Ibarat ilmu yang tidak dicatat
Lambat laun pasti terlupa
Kerana itu hakikatnya manusia
--------------------------------
Banyak lagi yang ustazah kongsi.. tapi hanya itu yang melekat dalam otak.. boleh.. Hanya itu diizinkanNya. Sebab mendengar di dalam kereta waktu balik kerja mana la nak buat catatan.. So mana melekat salin semula di sini..
Ada sikit-sikit teringat tu amalan yang ustazah kongsi. Antaranya:
Mohon pada Allah suara yang merdu. Maknanya takkala kita bicara, takkala kita menulis segala yang keluar dari lidah itu indah-indah belaka sehinggakan yang mendengar dapat hidayah, dapat melakukan kebaikan.. haa lebih kurang macam tu laaa. Wallahu a'lam. nak lagi cantik kena dengar ulangan di radio IKIM la. Suatu hari nanti... ingat tu cik zieta.. insyaAllah..
Ulasan
~ Ustazah Norhafizah~
Catat Ulasan