Sabtu- 8 Mac 2014 @ 6 Jamadilawal 1435H
Subhanallah si comel ini memang comel.. Ada lesung pipit pula.. Mencuri pandang sambil tersenyum-tersenyum.. Mengurat cik zieta yea.. hahaha.. ok cik zieta membalas pandang sambil senyum menyakat. Si comel termalu-malu memandang.. haaa tu la nak mengurat lagi.. cik zieta pandang sambil memanggil duduk di sebelah.. Dalam malu-malu akhirnya si comel datang kat sebelah.. duduk baik kat sebelah.. Ibunya dah tertoleh-toleh ke belakang mencari si comel yang duduk comel kat sebelah cik zieta... ",)
Cik zieta mana boleh tengok budak2.. meraikan budak2.. mencontohi Nabi Muhammad SAW. Nabi kan suka kanak-kanak tambahan pula anak-anak yatim. Sayang mereka. Mereka anak-anak syurga. Suci tanpa dosa. Namanya si Nisa. Mudah-mudahan menjadi anak solehah berkat dari kecil dibawa ibu ke surau menghadiri majlis ilmu.
Si comel ni dok usik bunga kat tudung ni.. Cik zieta senyum je sambil mencuit hidung si comel. Amboi membalas pula dia sibuk nak cuit hidung kita pula. Bagi la peluang. usik mengusik. Tiba-tiba dengar ustaz cakap 'Belajar ni kena ambil sungguh-sungguh. Bukan sekadar kerana mengisi masa lapang'..
Ustaz nampak hamba sedang bergurau senda kat belakang ni ker?.. hihi.. perasan la plak kan. Tak adanya nak perasan-perasan ni. Bagus ustaz nasihat. Nasihat buat semua. Nasihat buat hamba. Hamba teringat pula pada seseorang yang pernah memberi nasihat dengan ayat yang sama.. sangat sama.. Teringat je la.. Yang pasti orang tak sama.. hihi

Si comel.. si comel.. si comel.. yang bernama Nisa.. Buat anak orang macam anak sendiri.. kan.. kan.. Bolehlah.. Bersyukur dengan apa yang ada.. Alhamdulilah. Terima kasih Allah untuk segala.
Ulasan
Catat Ulasan