Dompetku Hilang Sekejap

Alhamdulilah... 'Hilang' sekejap.. hihi.. Sesungguhnya kita merancang, Allah merancang.. Pastilah rancangan Allah itu terbaik. Kena yakin apa yang Allah beri itu adalah yang terbaik buat kita sebagai hamba. Dia Maha Mengetahu segala-galanya..

Cik zieta bersyukur sangat dengan apa yang berlaku. Tiada yang sia-sia. Allah menguji untuk melihat sejauh mana keadaan seorang hamba. Pastilah Allah sedang memandang. Sama ada kita lulus dengan ujian atau sebaliknya. Ujian untuk mengangkat darjat seorang hamba. Takkala kita bersabar pasti Allah akan memberi ganjaran dan percayalah pasti Dia akan mengantikan yang lebih baik.

Hilang di masjid jumpanya pun di masjid. Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan kebaikan buat insan yang menemuinya dan mereka yang amanah memegangnya. Amin Ya Rab.

Teringat cerita Ummu Salamah rha:

Ummu Salamah radhiyallahu 'anha merupakan wanita pertama yang berhijrah ke Madinah. Beliau bersama suaminya Abu Salamah turut mengikuti rombongan hijrah yang pertama ke Habshah. Beliau seorang wanita mulia yang bijak dan cantik. Abu Salamah dan Ummu Salamah adalah pasangan suami isteri yang sangat mengasihi di antara satu sama yang lain.

Semasa suaminya Abu Salamah radhiyallahu ‘anhu nazak akibat luka yang tidak sembuh dari Perang Uhud, Ummu Salamah berkata kepada Abu Salamah " Aku mendapat berita bahawa seorang perempuan yang ditinggal mati suaminya, kemudian suaminya masuk syurga, isterinya juga akan masuk syurga, jika setelah itu isterinya tidak menikah lagi, dan Allah akan mengumpulkan mereka nanti di syurga. Demikian pula jika si isteri yang meninggal, dan suaminya tidak menikah lagi sepeninggalannya. Untuk itu, mari kita berjanji bahawa engkau tidak akan menikah lagi sepeninggalanku, dan aku berjanji untukmu untuk tidak menikah lagi sepeninggalanmu.” 

Ummu Salamah berkata sedemikian sedangkan dia sedar bahawa yang akan meninggalkannya adalah Abu Salamah, menunjukkan betapa mendalamnya cinta Ummu Salamah terhadap suaminya.

Maka Abu Salamah berkata , “Mahukah engkau mentaati perintah ku?”

Ummu Salamah menjawab, “Selama ini aku taat kepada mu.”

Abu Salamah berkata lagi, “ Oleh itu selepas aku mati, maka menikahlah.” Lalu dia berdoa kepada Allah ”Ya Allah, kurniakanlah kepada Ummu Salamah seorang suami yang lebih baik dariku, yang tidak akan menyusahkan dan menyakitinya.”

Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha juga turut mengisahkan bahawa Abu Salamah pulang ke rumah pada satu hari dan bercerita Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengajarkan kepada nya satu doa apabila ditimpa musibah iaitu:

“Tidaklah sebuah musibah menimpa seorang pun dari kaum muslimin lalu ia beristirja’

(mengucapkan innaa lillahi wa innaa ilaihi raji’un) saat tertimpa musibah tersebut, kemudian ia mengucapkan:

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” Melainkan doa itu akan terlaksana.

Sebaik sahaja Abu Salamah radhiyallahu ‘anhu meninggal dunia maka Ummu Salamah mengucapkan dan membaca doa tersebut, tetapi di dalam hati nya berkata-kata siapakah yang lebih baik dari Abu Salamah. 

( Doa ini elok dihafal dan diucapkan sebaik saja menerima sebarang musibah, seperti yang dilakukan oleh Ummu Salamah radhiyallahu 'anha ). 

Selepas habis edah Saidina Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu masuk meminang, namun ditolak oleh Ummu Salamah, sekali lagi menunjukkan tersangat cintanya beliau kepada Abu Salamah dan kebaikan Abu Bakar tidak dapat menandingi kebaikan Abu Salamah pada kaca mata Ummu Salamah.

Tidak berapa lama kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sendiri datang bertemu Ummu Salamah untuk meminang beliau. Ummu Salamah tidak terus memberikan persetujuannya sebaliknya berkata, 

"Wahai Rasullullah sangatlah besar hatiku kerana engkau berminat dengan ku tetapi ada tiga perkara yang harus diketahui oleh mu mengenai diri ku iaitu:

1. Aku adalah seoarang wanita yang sangat cemburu, aku khuatir sifat cemburu ku itu akan menimbulkan kemarahan mu dan akhirnya menyebabkan murka Allah subhana wa ta'ala,

2. Aku adalah seorang perempuan yang telah berumur (semasa itu Ummu Salamah berumur 30an, agak tua jikalau dibandingkan dengan Saidatina Aishah radhiyallahu 'anha dan Hafsah radhiyallahu 'anha yang berumur belasan tahun)

3. Aku mempunyai anak-anak. (Ummu Salamah mempunyai 4 orang anak dengan Abu Salamah)


Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memberikan jawapan berikut kepada tiga persoalan Ummu Salamah tersebut:

1. Tentang cemburumu itu aku akan berdoa memohon Allah subhana wa ta'ala menghilangkannya dari diri mu, oleh itu tidak usahlah kamu bimbang,

2. Tentang usia, aku juga telah dijangkiti oleh penyakit yang serupa dengan mu,

(Di sini Rasullullah shallallahu 'alaihi wa sallam berlawak untuk mengatakan bahawa Baginda juga seusia dengan Ummu Salamah)

3. Mengenai keluarga mu, mereka juga adalah keluarga ku.

Maka akhirnya Ummu Salamah menikahi Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pada bulan Syawal tahun ke 4 Hijrah.

Ummu Salamah radhiyallahu 'anha adalah isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yang dikurniakan dengan usia yang panjang. Beliau meninggal dunia pada usia 80an, pada tahun ke 59 Hijrah.



Dipetik dari Blog http://yangmanisdanelok.blogspot.com/



~Ya Rasullullah... selalu buat aku jatuh cinta.. :).. Alhamdulilah..~

Ulasan