Suatu Masa

Hati rasa tercuit.. "Rindu Mak".. rasa sayang yang bukan sedikit.. Rasa sayang itu ku kembalikan padaMu Ya Allah. Hanya Engkau yang berhak.

Imbas Kenangan...

Cik Zieta ni bukan baik tetapi sedang belajar menjadi baik. Pengalaman itu adalah universiti yang paling baik untuk belajar. Teringat arwah mak. Tak salah rasanya untuk memuji mak. Mak cantik.. baik.. lemah lembut. Rasa bersyukur sangat Allah kurniakan abah dan mak sebagai ibu bapaku. Alhamdulilah. Mak terlalu sempurna pada pandanganku hingga aku rasa tiada siapa yang dapat jadi pengganti. Itu jugalah pendapatku mengapa abah begitu setia. 

Walaupun sudah lebih 10 tahun mak meninggalkan kami, mak adalah permaisuri hati abah. Takkan ada yang sesempurna mak di hati abah. Kami adik-beradik tak pernah menghalang sekiranya abah ingin berkahwin lagi tetapi abah.. hmmm itulah abah.. abah yang cintanya kepada mak tak pernah berhenti. InsyaAllah. Semoga Allah pertemukan abah dan mak di syurga. Mudah-mudahan. Doaku untuk menjadi anak yang solehah bagi membahagiakan kedua ibu bapa, semoga dimakbulkan Allah. Apa jua kebaikan yang hamba lakukan Ya Allah, sampaikanlah kepada abah dan mak. Tak akan mampu untuk membalas.. Allahu Rabbi.

Teringat.. Mak seorang ummi. Jadi cik zieta ni selalu jadi 'ustazah tak bertauliah' ajar mak mengaji Al Quran. Mak suka sangat mengaji. Walau tak pandai membaca dan menulis, mak tak pernah putus asa. Daripada pengamatanku, mak memang cerdik. Mak cepat menghafal. Kurniaan Allah buat mak. Dipermudahkan hafalan.

Cik zieta ni pula memang bebal. Bukan sikit banyak kot. hihi. Memang teruk betul kelaku. Masa tu remaja lagi. Sekolah menengah. Pantang mak mengaji lama sikit datanglah malas. Pastu bebal. 'cepatlah mak'.. 'cepatlah mak'.. Sekali tu hati cik zieta rasa hancur berkeping-keping.. Luruh.. bila mak keluarkan ayat 'Terima kasih ajaq mak ngaji'..... huhuhu... Tak boleh lupa sampai hari ni.. Mak sangat merendah diri.. Walaupun aku bukan sesiapa.. 'aku seorang anak yang kuat bebal'.. 

Terima kasih mak. Sikap mak itu mengajar anakmu ini agar pandai menghargai orang lain di dalam hidup. Siapapun mereka... Apapun yang mereka lakukan.. Doakan mereka.. Berbahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. InsyaAllah..

Air mata ni taknak henti pula mengalir.... hahaha... dah2 air mata.. stop rite now..

15 Rejab 1435H

Cahaya bulan menerangi ruang
Bersidai di tingkap merenung bulan
Teringat kata seorang sahabat
'Aku melihat bulan, aku melihat Rasulullah'
'Sungguh.. tuan lebih indah dari bulan'
Alahai..
Bagai Pungguk Rindukan Bulan
Sekadar selingan.. menyapu air mata.. :senyum:

~ Menghargai dia yang hadir sebagai Guru, Ayah, Abang & Ikhwan. Semoga Allah membalas kebaikanmu dunia akhirat. Semoga ikatan ini tak pernah putus... end:............................



                                                                                    Dengan Kasih Sayang:

Ulasan

Love Qina berkata…
Semoga roh mak awak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Aminn.. Al-Fatihah..
Unknown berkata…
Amin Ya Rab..