Sibuk la sangat kan... hahaha.. uijian masa.. Baru tahu untuk menghargai setiap detik, setiap saat yang Allah kurniakan kepada hamba. Tugasan-tugasan yang diamanahkan nak taknak kena siapkan juga.. caiyok!!!
Tarbiyah dari Allah. Setiap yang berlaku memang telah Allah takdirkan. Takkala KSU mempercepatkan mesyuarat yang sepatutnya 26/5 menjadi 14/5 memang terkedu juga la cik zieta.. Alahai folder tak siap lagi. Mujurlah 13hb cuti Wesak so datang ofis la buat kerja ekkk.. ekkk.. Alhamdulilah. Apa yang Allah kehendak itu pasti berlaku tetapi respon hambaNya di atas setiap apa yang berlaku yang membezakan antara kita.
Ada antara kita takkala Allah uji kita mengeluh, menyalahkan orang lain atau apa-apa sahaja respon yang tidak menyenangkan sedangkan hakikatnya apa yang berlaku adalah dariNya. Cik zieta tarik nafas dalam-dalam sebab cik zieta dah dapat mengukur setakat mana ketenangan cik zieta. Allahu Rabbi. Kena mujahadah dan terus muhasabah. Semoga setiap kejadian yang berlaku dapat ditapis dengan penuh kebijaksanaan bukan emosi.
Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Takkala ujian diberi, Allah jualah yang akan memberikan jalan keluar. InsyaAllah. Jangan risau. Semuanya akan berjalan mengikut kehendakNya. Belajar dari apa yang telah berlaku. Alhamdulilah.
Ulasan
Catat Ulasan