24 Ramadhan 1435H @ Selasa
Siapakah kita selepas 5 malam ini berakhir..
Sekadar hamba Ramadhan atau apa..
Jika di bulan Ramadhan kita bermujahadah untuk berqiamullail.. teruskanlah
Jika di bulan Ramadhan kita membaca Al-Quran.. teruskanlah.
Jika di bulan Ramadhan kita bersedekah.. teruskanlah.
Apa jua amalan kebaikan yang dilakukan.. teruskanlah.. teruskanlah..
Mohon pada Allah dikurniakan hati yang ikhlas dan istiqamah..
Sesungguhnya Dia adalah pemilik hati.
Dialah yang akan menentukan hati bagaimana yang kita punya
Allahumma Ya Allah
Kurniakan kepada kami kebaikan yang ada pada Ramadhan
Berterusan dalam hidup kami, sepanjang hayat kami.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Semoga Ramadhan berlalu pergi dengan penuh makna.
Ulasan
Catat Ulasan