~Tadarus Al-Quran~

Sinonim bila masuk bulan Ramadhan mesti buat Tadarus Al Quran. Menurut ulamak maksud tadarus ialah saling mempelajari Al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memerhati bacaannya. Setelah ia selesai membaca, disambung oleh orang lain pula.

Jangan salah konsep. Konsepnya tadarus tapi melaksanakannya secara tilawah. Camno tu.. Bagus tadarus ni. Kadang-kadang kita tak sedar bacaan kita salah jadi dengan adanya tadarus ini kita boleh memperbetulkan bacaan kita. InsyaAllah.

Ofis cik zieta pun sama laa... rutin Ramadhan. Tadarus Al-Quran itu wajib. Tapi macam cik zieta kata pelaksanaannya belum tentu betul. Cik zieta tanya kat seorang bos ni 'dah tadarus ke Puan?'.. Bos tu jawab 'derang cakap baca masing-masing'.. cik zieta pun cakap la.. 'aik tu bukan tadarus. tadarus baca ramai-ramai. kalau salah boleh tegur. Bos la ajak anak buah bos tadarus'.. bos jawab 'masalahnya saya baca pun lintang pukang'.. ok.. cik zieta nak cakap apa nih.. terkedu sekejap kot. hihihi.. end conversations.

Alhamdulilah. Cik zieta dapat grup punya cun. 2 orang bos 2 orang staf. Yang seorang bos ni siap cakap 'Saya tak pandai tau. Tegur saya tau kalau salah'... hurmmm cik zieta suka sangat. Seorang bos yang sangat merendah diri. Tak malu untuk mengaku 'tidak pandai @ tidak tahu'.. Bukan senang tu nak dapat bos macam ni. Tabik spring kat bos..

Cik zieta pandang bos ni macam cik zieta pandang diri cik zieta. Kita tahu kita tak tahu dan bila kita cakap kita tak tahu ada orang lain yang hadir untuk membantu. MasyaAllah tabarakallah. Masa tu rasa Allahu Rabbi saat aku mencari dahan untuk berpaut Kau hadirkan dia untuk memaut. Alhamdulilah. Jadi cik zieta pun nak sangat tolong orang lain. cik zieta tahu perasaan tu. 

Agama itu tidak membezakan sesiapa. Bos2 pun memang komitmen betullah masa tadarus. Sempat pula berusrah 2 minit.. Comel gila. hihihi. Rasa macam makin erat ukhwah. Ada rasa bahagia kat situ. Indah.. :).. Mudah-mudahan Allah eratkan hati-hati kami hanya semata-mata mencari keredhoanMu Ya Illahi.. Amin Ya Rabb.

Ulasan