Lamanya tak menulis... Hikhikhik.. Ok mempersembahkan cerita....
"Old School" la sangat... Hailaaaaa adik seorang ni.. Kalau nak tu nak jugak.. "Si Bongsu" la katakan.. Apa yang dia berkenan sangat kat beg cik zieta ni.. Itulah kalau orang nak sangat wajib bagi.. Tak menghampakan harapan orang. Ikutilah cerita ini.... 1001 cerita..
Hari ni pulang la ke KL selepas beraya Aiduladha di kampung. Ikutkan esok cuti lagi, tapi kakcik dah kena kembali mengajar esok. Takpe la. Redho je. Gerak dah la lambat selepas zohor. Budget sampai lambat pun tak mengapalah. Esok kan cuti.. Baru nak gerak sekali tengok tayar kempis semacam.. Adoiyai..
Konfiden cakap bukan pancit ni tak ada angin jer.. Nasib baik keluar umah terus susur ke petrol pump. Tapi sedihnya, pam punya pam tayar dok macam tu jer.. Sampai lalu seorang abang ni cakap 'hmmmm pancit la tu.. Takdak nya nak masuk angin"... Ok bai.. Terima kasih bagi jawapan.
Terpaksa "call adik ku sayang"... Sila beri bantuan anda.. Tukar tayar spare la... Sebelum bantuan tiba dah buka bonet keluarkan tayar semua bagai... Yessss! Berjaya. Sebelum ni try angkat macam berat sangat ni macam ok jer. Setelah bantuan datang pun tolong apa yang patut.. Cuma masa nak longgarkan skru memang tak berjaya. Alamak tak cukup berat nak injak skru tu. Alahai... Budak2 motor datang nak hulurkan bantuan tengok cik zieta macam tu.. Slumber adik ku sayang cakap "biar je kat dia belajar buka... Dia ni degil sikit"... Hamboi adik ku... Ok.. Boleh jer.. Ada aku kisah..
Dah setelah semua selesai, tiba-tiba adik ku cakap "adik tak nak apa2 tapi adik nak beg je".. Huhuhu haru betoi.. Dari mula sampai kampung, sampailah nak balik KL itu jer dimintanya.. Ok..ok.. Sila keluarkan barang2 anda cik zieta dari beg dan dengan penuh redho bagi kat adik ku.. Di tepi lebuhraya menjadi saksi beg itu bukan milikku lagi.. Memang rezeki adik ku. Allah pun tak mengecewakan dia. Tayar keretaku pancit dan hikmahnya beg idaman itu menjadi miliknya. :)
InsyaAllah Allah akan gantikan yang lebih baik untuk ku.. Klako.com... Senyum la wahai adik...
~pengorbanan kecil di hari raya Aidiladha.... :).. Apa la sangat... wow jalan jem... Biasa 4 jam ni dah jadi 7 jam.. Ok.. Pengajaran kedua sila check kenderaan anda betul2 sebelum bergerak menuju ke destinasi..
Dengan kasih sayang :
Ulasan
Catat Ulasan