~Taman Syurga~


Sabda Baginda Nabi SAW "Jika kamu melalui taman-taman syurga, hampiri dan petiklah".

Tanya sahabat "Apakah itu Ya Rasullullah"

"Majlis Zikir dan Majlis Ilmu"

---------------------------------------------

Taman Syurga itu pengubat duka

Penawar hati yang lara

Menikmati keindahannya

Terasa terubat segala luka

Sehingga parutnya jua hilang tiada

--------------------------------------------------

Malam Rabu & Jumaat

Dua hari itu cik zieta peruntukkan masa untuk pergi ke taman syurga. Walaupun lewat sampai rumah dalam pukul 1, 2 pagi. Pernah juga la punch card merah... hahaha.. :-).. Kunci jam pukul 4. Konon nak tidur sekejap, bangun qiam terus pergi kerja. Sejak subuh masuk lewat ni, surau ofis tu tempat cik zieta solat subuh. Kalau solat kat rumah konpem tak sempat.. jem. Jadinya 5.40 pagi dah wajib keluar supaya sampai ofis pun cantik2 jer subuh. 

Nak cakap teruk tak teruk, cik zieta dah sedar pastu tak perasan tertidur semula. Terkejut badak awak bila dah lewat. aishhh.. aishhh.. qiam terbang kemana, subuh pula terkejar-terkejar. Rasa nak hempap dengan simen konkrit biar lenyek. Biasa dia ni. Allah selalu mendengar doa cik zieta. Sedarkan pukul 4 pagi tapi inilah dia hamba yang masih bernafsu dengan tidur... sedapnya la hai tidur.. huhuhu.. hailaaa... toinkkk... :'(


Ustaz Stylo

Boleh tak bagi gelaran macam tu kat ustaz. Cik zieta bila pandang skrin tu mesti senyum sambil menggelengkan kepala. Memang stylo la ustaz. Penuh dengan gaya yang tersendiri. Hahaha :).. Pada cik zieta biasa jer kalau ustaz gunakan perkataan yang kasar tu. Bukan tuju kat cik zieta pun. Kalau ada yang terasa tu hmmm sendiri mau ingat. Cik zieta dah biasa kena cuci, kena polish, kena wax, Haha.. So dah biasa semua tu.. Dah tak terkesan. Yang baik jadikan pengajaran.

kata ustaz = kata orang = makhluk


Perjalanan ini masih jauh cik zieta.... jauh....... jangan sekadar menjadi aksesori... "Ya Allah.. jika hati ini tempat cubaan.. cubaan denganMu jadikan selamanya"~Ibnu Jauzi.


Istiqamah

Istiqamah itu lebih hebat daripada 1000 karamah. Semoga Allah kurniakan kami untuk sentiasa istiqamah di perjalanan ini.. Berakhir dengan husnul khatimah. Biar nafas terakhir itu sebagai penuntut ilmu dan berakhir di tikar sejadah dalam sujud padaMu. Sujud Cinta... end:.......


Image result for taman surga di dunia
Bidadari syurga???? :-X



14 Jamadilawal 1436H






Dengan kasih sayang










Ulasan