http://sufimuda.net/2015/05/13/cinta-ku-telah-habis-untuk-tuhan/
“Dik, sudah habis semua cinta abang berikan untuk Allah, hanya tinggal sisa-sisanya saja, maukah kau menerima abang dengan sisa cinta ini?” si gadis menjawab, “Saya menerima abang, tolong lah ajarin saya mencintai Allah sebagaimana abang mencintai Allah”.
Allahu Rabbi.. pepagi dah tangkap syahdu dengan cerita dari blog sufimuda yang cik zieta letakkan link kat atas...
“Dik, sudah habis semua cinta abang berikan untuk Allah, hanya tinggal sisa-sisanya saja, maukah kau menerima abang dengan sisa cinta ini?” si gadis menjawab, “Saya menerima abang, tolong lah ajarin saya mencintai Allah sebagaimana abang mencintai Allah”.
Gila tak nak.. kalau beri pilihan tu kat cik zieta.. cik zieta pun sudi sangat-sangat. Ada lagi tak pemuda macam tu??.. haha.. :P.. Ada yang tanya Cik Dayah.. "Dia taknak kahwin ke?''.. Serius.. Setenang mana pun dalam menjawab persoalan ni, jauh di lubuk hati hanya Tuhan yang tahu. Sesungguhnya Allah yang menentukan rezeki hambaNya.. Dan apa yang diberi itu pastilah yang terbaik untuk hambaNya.. Adakala rasa bagai tak layak.. huhu.. :`(..
Belajar untuk memberi seluruh cinta itu kepada Allah. Jauhnya Ya Allah. Perjalanan ini masih jauh. Apapun rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah.. Di saat nikmat hidup ini, lapang ini, sihat ini, muda ini dan kecukupan ini, Allah langkahkan kaki ini untuk ke majlis-majlis zikir. Bila cik zieta tengok makcik-makcik dalam kelas.. Bertambah syukur Ya Allah.. Di saat hamba sihat.. Kau berikan peluang ini. Kesedaran ini... Ya.. bukan semua yang dapat.. Alhamdulillah..
****
Iklan sat. Teringat plak kata-kata Ustaz Stylo semalam.. Gila glamor. Gila blog.. Gila fesbuk.. eh sejak bila ustaz pandai sebut blog nih. Sebelum nih ustaz sebut fesbuk n wasap jer.. hahaha.. Ada terasa cik zieta?? Tak langsung kan.. sebab awak menulis bukan kerana nama.. follower pun tak ada.. menulis untuk suka-suka je. Ada ke yang baca??? hahaha.. Yang rajin baca pun cik qina jer.. hahaha.. kan cik qina.. InsyaAllah.. perbaharui niat.. perbaiki niat.. perbetul niat.. persahih niat.. Nak letak gambo la.. baru glamor.. kan ustaz stylo.. ambil gambo sana.. sini.. sinun.. huh letak dalam blog.. kehkehkeh.. aishhh cik zieta tak terfikir plak nak menjaja gambar sendiri.. Tak kenal itu lagi baik..
****
end:
25 Rejab 1436H |
Ulasan
Jodoh, pertemuan, ajal, maut ketentuan Allah.. Sye doakan awak berjumpe dgn seseorang yg soleh yg boleh menjaga dan membimbing awak ke syurga.. Aminn..
"Maafkan saya.. Doakan saya.." ♥qina♥
Catat Ulasan