~99 kali Rindu~

Assalamulaikum cinta... Assalamualaikum rindu...

Rindu?
Rindu itu anugerah. Kurniaan dari Tuhan. Setiap insan yang berhati nurani punya rasa rindu.

Cinta dan rindu itu bermula dari Adam dan Hawa. Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha. Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah. Diperikan Romeo dan Juliet. Diceritakan oleh Rama dan Sita. Dilakonkan oleh Laila Majnun. Kini, kita pula meneruskannya.

Sungguh bahagia orang yang telah menemukan cinta dan rindu sejati. Ibarat tasbih dan benang pengikatnya. Terjaud menjadi untaian yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada RabbNya.

Hijrah itu penawar. Tidaklah Allah menghilangkan sesuatu daripada dirimu, kecuali kerana Dia hendak menggantikannya dengan yang lebih baik.

Kita tak boleh bergantung dengan usaha atau kebijaksanaan kita saja. Serahkan urusan selebihnya pada Allah. Orang yang pernah bersama Allah takkan bersendirian.

Kepada wanita2 yang selalu kesepian dan tertekan, ketahuilah memang takkan ada kisah yang sempurna tapi Allah selalu memberi kasih yang sempurna pada setiap kisah kita. Dan ketika kita melihat betapa indahnya kisah orang lain, sesungguhnya kita mampu membuat kisah kita lebih indah daripada sesiapa pun.

Dalam Islam apakah kita tidak boleh menyatakan cinta?
Boleh. Tapi tidak penting. Tidak sepenting bukti sebenar cinta. Bukti sebenar cinta itu apabila kita menghargai orang yang kita cintai dengan perbuatan. Agar ia rasa terselamat dan terhormat.

Di saat kita ingin melepaskan seseorang, ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dahulu. Di saat kita tidak merindukannya, ingatlah  saat kali pertama kita melafazkan cinta padanya. Di saat kita mulai bosan dengannya, ingatlah saat-saat kita bersama dengannya.

Apa yang Allah buat bila DIA rindu pada hambaNYA?
Allah akan kirimkan hadiah yang istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian dan dugaan hidup. Allah berfirman melalui malaikat Jibril, “Pergilah kepada hambaKU dan kirimkanlah ujian kepadanya. Sesungguhnya aku rindu akan rintihannya.

Yang paling jauh bukanlah matahari, bukan juga bulan ataupun bintang. Tapi masa yang berlalu dan takkan kembali lagi. Yang kita ada cuma hari ini. Hari esok belum tentu lagi untuk kita.

Permintaan Iblis yang paling ingkar pun Allah makbulkan, inikan pula kita hambaNya yang kekurangan. Berdoalah pada Allah, tiada yang mampu menolak takdir kecuali dengan doa. Banyak hal di dunia ini tanpa kita sedari berubah hanya kerana doa. Allah makbulkan doa hambaNya yang bersungguh-sungguh berdoa.

Untuk hati yang masih menanti, menantilah dengan cinta. Cinta yang akan membuatmu menerima apa jua kehendak Tuhan kelak. Tanpa kita sedar, cintamu kepadaNya akan membuatkan penantianmu tidak sia-sia.

Andai kita ada kemampuan, jangan hampakan harapan orang. Nanti Allah Taala akan sekat apa yang kita inginkan.

Tuhan, jika dia memang baik untukku maka dekatkanlah diriku dengan dirinya. Tapi Tuhan, kalau dia bukan untukku, jangan biarkan hambamu ini menjadi suka apa lagi cinta kepadanya.

Bila awak mahu cinta saya, carilah dulu cinta Allah. Bila awak mahu rindu saya, rinduilah dulu Allah dan RasulNya. Jika awak mahu sayang saya, sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini.

Tidak semua yang kita mahukan akan kita miliki. Ada waktunya kita terpaksa melepaskannya.


Hidup ini akan aku teruskan. Biarlah Allah yang menyusunnya dengan sebaik-baik keindahan. 


*****

Ohsem pula si Ariel ni bila berlakon macam ni kan.. hahaha.. :p



~ cik zieta memang suka ayat-ayat membuai jiwa.. Filem ni dah lama. Tapi cik zieta baru tengok hari tu kat TV. hmmm...


6 Zulkaedah 1436H

Ulasan

Love Qina berkata…
"..Bila awak mahu cinta saya, carilah dulu cinta Allah.. Bila awak mahu rindu saya, rinduilah dulu Allah dan RasulNya.. Jika awak mahu sayang saya, sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini.." ~ Syahdu.. I like..

♡qina
Unknown berkata…
iyeee... insyaAllah
Unknown berkata…
Untuk hati yang masih menanti, menantilah dengan cinta. Cinta yang akan membuatmu menerima apa jua kehendak Tuhan kelak. Tanpa kita sedar, cintamu kepadaNya akan membuatkan penantianmu tidak sia-sia.

;p
Love Qina berkata…
InsyaAllah.. Deep.. Very deep purple.. Hikhik.. Manusuk kalbu sungguh kata² awak tuh..

♥ qina