Alhamdulillah.. semalam 19/10/2015 cik zieta diberi kekuatan untuk bertemu doktor. Penyakit ini dari kecil sampai cik zieta pun dah tak kisah. Dah sebati.. Tapi bila dah semakin dewasa ini, apa salahnya cik zieta berusaha untuk hidup yang lebih baik. Takkan nak macam tu je. Setiap penyakit ada ubatnya. Cuma cik zieta ni takut kat hospital.. takut untuk pembedahan.. takut untuk kesakitan.. Ok tapi 1437H ni memang bagi kekuatan betul untuk cik zieta. Satu satu kerja gila yang cik zieta nak buat. In Shaa Allah.. Ala melamar pun boleh buat apatah lagi pembedahan kecik kan..
Doktor pun siap cakap awak dah umur 34 tahun baru nak datang jumpa doktor. Nurse dah usha pelik bila cik zieta cakap tak nak cakap dengan nurse.. nak jumpa privasi dengan doktor. Hai tertanya-tanya nurse.. hahaha.. cik zieta gelak jer. Macam biasa. Nurse dah siap tanya "awak tak demam kan.. tak sakitkan.. betul ni tak nak cakap dengan saya"... hahaha lucu juga nurse ni. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Semoga pembedahan nanti pun dipermudahkan juga.. sejuk hati dengar bila doktor cakap "nak buat macam mana awak dah terpilih".. yesss thats why doktor.. Saya sangat redha tapi saya nak berubah ke arah lebih baik... Sebab dulu saya takut nak buat pembedahan tapi sekarang saya dah berani.. chewahhhh... hahahahaha.. :P
Malam tadi telefon abah.. saja.. Nak lebih kerap telefon abah. Cik zieta fikir dengan kawan-kawan pun cik zieta lebih kerap berbual berbanding abah sendiri. Melampau betul. Abah itu lelaki yang cik zieta lahir dari sulbinya. Yang membesarkan cik zieta dengan susah payah membanting tulang empat keratnya. Haruslah dia itu yang lebih cik zieta utamakan. In Shaa Allah. Perubahan lagi kan... hihihi.. Baguslah kan... Mungkin abah terasa sesuatu sebab anak dia ni pelik je. Hahaha abah.. anak abah ni banyak masalah betul cuma anak abah ni memang kecik tapi hatinya sangat gagah. Syahdu betul bila abah tanya "Ada apa-apa lagi tak nak cakap".. takdak apa-apa abah. Letak je telefon.. air mata ni pun mengalir laju... hai cik zieta ni.. akhir-akhir ni air mata murah betul.. hmmmmm... Ya Allah permudahkanlah segala Ya Rabb.. Jadikan daku ini hambaMu yang selalu pandai untuk bersyukur. Alhamdulillah.
7 Muharram 1437H |
Ulasan
♥ qina
Catat Ulasan