22/12/2015 - Selasa
Pembedahan. InsyaAllah. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Hahaha.. jantung ini berdegup laju bila mengenangkannya.. huhu takut... Allahu Akbar. Walau pun cuba bertenang jauh di sudut hati Allah saja yang tahu.
Cik zieta nak cerita pasal hospital. Cik zieta ni fobia hospital, klinik dan yang seumpama dengannya. Sangat tidak suka. Dulu cik zieta pernah pergi hospital tapi cik zieta tak masuk dalam pun. Teruk betul fobia masa tu. Lepas tu Allah takdirkan jadi staf KKM. Ok la sikit kot. Dah boleh masuk ziarah orang yang sakit. Dan hikmahNya itulah.. cik zieta dah berani untuk buat pembedahan. sedikit.... hahahaha.. tak la berani sangat.
Hari-hari temujanji dengan doktor tu dah rasa macam dah biasa pula. Hari yang sukar tu berlalu dengan indah pula rasanya. Hahaha.. Terima kasih Ya Allah kerana melahirkan keindahan di dalam jiwa ini. Tiada rasa kesukaran. Daripada parking sehingga menunggu giliran tiba-tiba rasa macam suatu keseronokan. Sambil melihat pesakit-pesakit yang lalu lalang. Sebenarnya jauh fikiran melayang. Ramainya orang sakit. Sakit apa agaknya. Kalau cik zieta sakit, lagi ramai yang sakit. Lebih kronik rasanya. Dan di situ lahirlah rasa syukur kepada Allah. Alhamdulillah.
Ok.. menghitung hari... detik demi detik.. jeng jeng jeng... InsyaAllah..
dimanakah penghujungnya?? |
1 Safar 1437H |
Ulasan
♥qina
Catat Ulasan