~Rindu Rasulullah SAW~



Cik zieta sedang makan bersama dengan Jamal selepas Bengkel di Hotel Crystal Crown hari itu. Jamal mengambil sup kambing. Cik zieta ambil juga sedikit. Buat rasa... hmmm

Teringat kata-kata si Jamal:

"Jamal sukanya makan kambing ni.. makanan kegemaran Nabi ni.. Jamal rindu la kat Rasulullah"

Allahu Rabbi..

Cik zieta selitkan kata-kata itu baik-baik dalam hati. Dia ingatkan Baginda SAW setiap kali makan daging kambing. Banyak kali juga cik zieta dengar mereka yang tidak menyukai daging kambing yang terus menyatakan yang tidak baik tentangnya. Mesti tak teringat langsung kepada Nabi SAW kan waktu tu. Atau yang makan memang tak ingat apapun. Just makan.. Berbezanya dengan Jamal ni. Itulah yang diulang-ulang setiap kali jumpa daging kambing. Cik zieta tak pernah sangsi bila dia cakap macam tu. Cik zieta terdiam sekejap. Belajar dari Jamal.. Di mana rinduku kala ini padamu Ya Rasulullah..

Biar rindu ini selalu bercambah dari hari ke hari. Biar namamu tak pernah lekang dari bibir ini.

'Alaika Ya Rasulullah.. Ya Habiballah.. Ya Nabiyallah..


AKU RINDU PADAMU


27 Muharram 1437H




Ulasan

Love Qina berkata…
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Unknown berkata…
ALHAMDULILLAH.. JOM BERSELAWAT.. SOLAWATULLAH.. YA RASULULLAH.. YA HABIBALLAH