~Tahun Masihi Baru......~

Alhamdulillah 2016 akan menjelma. Hari terakhir berada di tahun 2015. Terlalu banyak peristiwa yang tak terhitung. Allahu Rabbi. Sarat dengan pengajaran. Penuh tarbiyyah. Semoga tahun 2016 akan menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Ya aku akan melangkah dengan lebih gigih. Aku sudah melihat rutin yang biasa dan aku rindukan sesuatu yang luar biasa. Sungguh kata-kata itu aku tujukan untuk diri aku sendiri. InsyaAllah.

*****

Menulis dari hati. Sesungguhnya blog ini umpama diari bagiku. Aku suka menulis tetapi adakalanya tulisan yang aku tulis aku sendiri tak mampu untuk membacanya semula. Heh buruk benar tulisan aku. hahaha... begitulah hakikatnya. Sudah lama impian untuk membuka blog ini aku simpan hingga akhirnya pada tahun 2013 aku telah merealisasikan impian aku dengan menceritakan kisah hidup yang entah apa-apa. erk.... apa motif? Aku manusia biasa yang selalu lupa. Jadi aku jadikan blog ini, sebagai satu catatan peribadi buatku. Biarpun blog ni dah jadi macam ketinggalan zaman dengan pelbagai aplikasi sekarang ni tetapi impian untuk memiliki blog aku teruskan jua. yeahhh.


*****

Apa hal ni cik zieta.. cik zieta.. what's going on.. huhuhu... sadissss sangat!!!... Tetiba nak buat ayat syahdu-syahdu. Ujian di permulaan tahun 2016. Ya Allah lapangkan dadaku. 

Mencari hikmah di setiap kejadian. Takkan ini yang Allah nak beri pada aku?.. Apa sebenarnya yang Allah sedang perlakukan.. Takkan semuanya berakhir macam ni je.. Ya Allah. Engkau Maha Megetahui. Aku buntu. Serius. Bukan mempersoalkan pada kejadian, cuma aku rasa tiba-tiba aku berada di jalan mati. Aku tak tahu kemana aku nak pergi. Aku sedang berdiri di sini dan aku tak tahu apa yang aku harus lakukan.. Allah.. Allah.. Subhanallah Ya Allah.


*****

Apa sebenarnya yang sedang berlaku??






19 Rabiulawal 1437H

Ulasan