Alhamdulillah 24/12/2015 bersamaan 12 Rabiulawal 1437H pada hari Khamis berlangsung sudah majlis Walimatul Urus Syeikh dan Sambutan Maulidur Rasul. join cik zieta join. hihihi. Nak tengok sambutan Maulidur Rasul kat markas macam mana. Lagipun tolong la kan apa yang patut. Mujur la jugak belum operate. Kalau tak, tak dapat join kot.
Lucu tengok pengantin perempuan melaram bukan main, sekali muncul pengantin lelaki.. adeeeiii macam tu jugak. syeikh.. syeikh.. lawak sungguh. Comel je zaujah syeikh bila dah make up. Zaujah dari Yaman. Zaujah yang ke empat. ok dah cukup kuota tu. hahahaha. Janji bahagia sudahlah. Yang ini nampak matang sikit. Mungkin sebab dah 30. Yang lain tu muda sangat. Tapi cik zieta puji zaujah yang ini. Sangat peramah. Cepat menyesuaikan diri. Syeikh masuk sekejap ambil gambar kat pelamin, nampak manja je zaujah yang ini.. hikssss. sibuk menilai. sekeh kang cik zieta.. Bahagia tengok kebahagian orang lain. Alhamdulillah.
Masa kat khemah dok lepak-lepak dengan geng muda, tetiba terpandang syeikh. Sama-sama memandang. Adeei cik zieta dah tunduk malu. Macam mana boleh terpandang pula ni. Sebenarnya bukan terpandang tapi cik zieta memang tengah pandang syeikh pun. Ada la sebab kenapa cik zieta pandang syeikh. hahaha.. Cepat-cepat ajak geng masuk dalam semula. kak azie dah pesan kot yang muda-muda jangan dok kat luar. Kat dalam je. Dah kakak kemuning tu minta tolong teman makan, cik zieta tolong teman je. Pastu yang lain pun lapar semula, ikut la ramai-ramai. Bukan ada nak ngorat pun. Dok kat luar tu lagi best sebab dapat jumpa tetamu. Boleh la beramah mesra dengan anak murid syeikh dari tempat lain. Ala lagipun khemah muslimat jauh kot. dah memang terasing pun. perghhh budak rozita ni memang bukan gadis melayu terakhir. Tak solehah mana. Bukan dara pingitan yang duduk diam-diam di dalam bilik. kannnn.. baru perasan. Mungkin sebab dah biasa bekerja. hmmm..Yang penting tak ada le tergedik pun. Jaga diri sesopan yang mungkin. InsyaAllah.
Apa yang paling best? Waktu paling best masa nak tunggu solat berjemaah. Hari tu dapat solat berjemaah Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'. Alhamdulillah. Dalam menunggu masuk waktu, ada ikhwan berselawat 'Selawat Nuril Anwar'. perghhhh tangkap syahdu. Meleleh jugak la. cik zieta baru rasa indahnya menunggu panggilan Allah. Rasa nak ulang semula waktu-waktu yang telah berlalu. Cik zieta nak merasai lagi perasaan ini. Mudah-mudahan peluang itu akan datang lagi. InsyaAllah. Malam tu rasa rugi sebab tak dapat dengar tazkirah syeikh pasal Maulidur Rasul. Ye la dok dalam bangunan tengok tv siaran langsung, suara tak dengar pun. rasa nak jer keluar dok kat depan meja syeikh. hahaha.. nak mati buat gitu... Ntah apa yang syeikh bebel, satu butir pun cik zieta tak dapat tangkap. Akhirnya cik zieta melamun sendiri. Begitulah kiranya... :-)
Apapun, Ana uhibbuka Ya Rasullullah!!!! Suburkan cinta ini buat kekasihMu yang Engkau cintai Ya Allah. Hamba ingin bersama dengan mereka-mereka yang Engkau kasihi. Para kekasihMu. Aamiin.
Ulasan
Catat Ulasan