Pernah tak terjadi perkara macam ni?
Buat salah tapi berlakon seolah-olah tak tahu apa-apa. Eh baikkan korang tak pernah buat macam tu? Ke korang tak faham ni. Meh cik zieta bagi contoh.
*****
Contohnya:
Mak korang beli jam dinding baru. Satu hari tu masa tak ada sesiapa pun kat rumah, korang rasa macam nak tengok pula jam dinding tu. Macam cantik je. Tangan korang pun gatal mencapai jam tu, walaupun dalam masa yang sama hati korang ada juga meningkah. Buat apa nak kacau jam tu biar je la. tengok sudahlah. Tapi taktau la kenapa tangan korang lagi cepat nak ambil jam yang kat dinding tu. Sanggup pula tu korang panjat naik atas bangku. Memang tak ada kerja la sangat. Disebabkan kegopohan korang, jam tu pun terjatuh lepas tu pecah... haaaa tu la. Korang dah bingung taktau nak buat apa selepas belek-belek jam tu korang pun bercakap kat dalam hati biarlah jam ni nanti kalau orang tanya cakap je la taktau. huhu..
So, bila mak korang balik rumah dok bebel-bebel pasal jam tu korang berlakon macam tak ada apa-apa yang berlaku. Bila mak korang tanya pun korang jawab tak tahu. Pandai korang kan. Aaron Aziz dan Fasha Sanda la pula korang. hahaha. Pernah tak terjadi situasi macam ni?.. takkan tak pernah. Ke cik zieta je yang pernah buat macam ni. hahaha. Gila nakai...
*****
Rasa bersalah tau tak. Nak cakap pun takut. Angguk-angguk geleng-geleng jer. Bila orang buat serkap jarang "ke ko punya kerja ni".. mula la mengelabah siap marah pula tu "mana ada aku".. hahaha. Dalam hati cakap tu,,, "nampak sangat ke aku macam buat salah".. kuang kuang. cik zieta taktau la dosa kategori yang macam mana tu? Tolonglah jangan berulang lagi buat perkara-perkara yang menyusahkan diri-sendiri. Kalau nak buat juga silalah berani menanggung risiko. Mengakulah anda yang melakukannya. huhuhu.. nak mengaku salah tu bukan sesuatu yang mudah.
Ulasan
Catat Ulasan