Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
~HARI KEDUA~ 27/1/2016 (RABU)~
Alhamdulillah.. pagi-pagi dah fikir nak makan apa sebelum makan ubat yea. -____-. hahaha. Sebenarnya tak ada apa pun yang tinggal kat rumah. Tak sempat lagi beli barang rumah. Lagipun minggu tu balik kampung memang tak ingat tak ada apa dalam peti ais. Saja kan. So nak tak nak kena turun bawah. Memang ada makcik yang jual nasi lemak. Lepas tu nak gi kedai beli beras. patut la arwak mak pernah cakap cik zieta ni degil orangnya. Hahaha.. Rasa macam ok. Tapi sebenarnya rasa nak pengsan. Ada hati lagi nak jalan gi kedai. Memang taklah. Lagi tak rasa sakit tu memang gagah la sangat. hahaha.. hailaaa cik zieta. Tapi risau jugak la sebab takut kesan di kemudian hari nanti, Siapa tau. Mudah2an ok. InsyaAllah.
Pagi-pagi dah dapat wasap cik qina dan pakdin tanya khabar. Alhamdulillah. terima kasih ingat cik zieta. terharu. terima kasih pakdin layan cik zieta satu hari ni. menganggu je kan. huhuhu. Cik Dayah pun wasap cakap nak datang tapi berbetulan abang ipaq dia meninggal so tak jadi la nak datang. Terima kasih sangat. Sayang u allsssss... hikssss.. LOL.. Lots Of Love.
Dulu pakdin cakap cik zieta pernah menganggotai geng kain batik tak berjahit. Entah cik zieta pun tak faham maknanya apa. Tapi masa sakit ni, memang cik zieta menjadi geng kain batik tapi kain batik berjahit. hahaha. ^__^.. Tetiba rasa macam perempuan melayu terakhir. sopan dan ayu je rasa. erkkk!!!.. punya la perasaan. hahaha. Bukan senang tau nak tengok pakai kain batik ni. Berguna rupanya kain batik ni. Well, cik zieta tak teruk sangat tau. Ada dalam 6 helai kain batik kat rumah ni. Tu belum termasuk satu helai kain batik panjang yang cik zieta beli masa kat Indonesia tahun bila entah. Itu memang belum berjahit. Apa maksud kain batik tak berjahit???... hmmmmm... Adeeeiii.. Buat gue sakit otak nih... pikir.. pikir.. huhuhu. Ngak mau dong pikir. Ya udah.. dah ko kenapa tetiba nak cakap Indon.. Hiksss.. :-)...
Malam.. cik zieta tak makan ubat pun. Sebab tak makan apa-apa pun. Cik zieta tak lapar pun. Tapi risau jugak la sebab tak makan ubat. takmau la makan ubat perut kosong. Kan dah tulis kat depan plastik ubat tu, 'selepas makan'. hikhik.. Disiplin kan cik zieta.. Baik sangat ikut peraturan. Dah tu tido je la. Owh ya... cik qina ada tanya macam mana nak istiqamah puasa sunat. Mula-mula kena la mujahadah dan cik zieta nak kongsikan satu doa. Doa ni doa sahabat Nabi SAW yang cik zieta lupa namanya. Jangan la tanya dalil untuk doa ni. Pang nanti. Nak baca doa je kot. Adeeii.. Kan Allah suruh doa.. nescaya DIA akan makbulkan. Doa dengan penuh keyakinan. Doakan senjata orang mukmim. Doa dia macam ni.
"YA ALLAH.. CUKUPKAN APA YANG AKU MAKAN DAN MINUM INI SEHINGGA........."
Sebutlah sampai bila kita nak bertahan dari makan dan minum tu... kalau berpuasa niatlah sehingga malam nanti yakni waktu berbuka. Tapi dalam kes cik zieta hari ini, cik zieta minta dicukupkan sehingga pagi esok. Sebab cik zieta dah wasap cik dayah minta bawa beras bila datang esok. cik dayah pun dah jawab.. InsyaAllah. So tawakkal jer. Siap taip nak minta beli kan roti dan milo pastu tiba-tiba rasa malu.... dah padam balik. Tak payah la. Beras cukup la tu. Alhamdulillah.
Ulasan
Catat Ulasan