Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
~HARI KEEMPAT~ 29/1/2016 (JUMAAT)~
Hari ni cik zieta buka balutan. Doc dah pesan 'ari Jumaat awak buka balutan sendiri yea'.. Patuh betul cik zieta dengan arahan doc. hahaha.. Good gurl kan pakdin. ^___^. owh... kenapa ada jahitan doc ini macam bunga..bentuk dia macam ni *...... Betullah.. tak tipu... Mungkin doc tahu cik zieta punya blog 'jom petik bunga'... hahaha.. perasaan je.. verangan.. doc pun tak pernah jumpa ko.. ko pun tak pernah jumpa doc.. kan.. ok bai. Jangan overhacting bolehhhhh... yea faham.. Nak pengsan la tengok darah beku.. owh noooo.. huhuhu.. T_T.
Lepas buka balutan, hari ni perut rasa sebu je. Mujurlah cik zieta macam makcik-makcik. Kat rumah ada minyak gamat, minyak gamat panas, minyak kayu putih, minyak zaitun dan minyak anugerah pun ada. Hahaha. Tiba-tiba rasa nikmatnya letak minyak kayu putih. Dia feeling macam baby letak minyak yu yi (halal ke minyak ni wei.. cik zieta taktau rrr. tapi bau dia memang sedap kan) kat perut masa kembung. Begitulah kiranya kesukaan cik zieta letak minyak tu kat perut. uihh lega. sangat suka.
Nak cerita pasai suka nih. cik zieta selalu sebut nama ustaz Don kan. Suka sangat. Cik zieta bukan nak cakap perumpamaan macam cik zieta suka minyak kayu putih ni tapi lebih kurang macam tu la. tak ada apa pun. Ingat lagi masa ibu pejabat KKM panggil Ustaz Don ceramah. Cik zieta wajib la pergi dah suka nama pun. Pergi la.. Bukan senang nak jumpa Ustaz Don. Suka Ustaz Don tu sebab dia ustaz yang muda sebaya-sebaya makcik zieta ni.. So kira macam dekat di hati la.. macam tu.
Masa ceramah tu yang cakap suka ni tak ada la nak ambil gambar dengan ustaz Don tapi yang tak berapa cakap tu yang beria ambil gambar. hehehe. Tapi yang klakonya cik zieta ni ada satu perangai, suka memerhatikan orang. Jadi cik zieta ambil satu sudut, cik zieta perhatikan je ustaz Don. Pastu ustaz Don angkat muka betul-betul pandang cik zieta. ok kantoi... itu jugak la yang berlaku masa walimatul urus syeikh.. Cik zieta memang berdiri satu sudut sedang pandang syeikh. ok kantoi jugak. kiranya orang akan perasan jika kita pandang mereka. macam tu eh... mungkin.. Tapi cik zieta tak pandang dengan pandangan merepek ok.. Apa! ingat cik zieta pandang apa jer.... huh!..Jaga husnul niat. cik zieta suka melihat orang-orang alim ni. Sedang melihat cara mereka menyantuni orang-orang di sekeliling mereka.
Cuba bayangkan Baginda Nabi Muhammad SAW dikelilingi sahabat-sahabatnya. Macam mana yea. Cik zieta suka para asatizah kerana hakikatnya cik zieta mencintai 'ulama. Ulama' kan pewaris Nabi. Well, Orang boleh berbicara dengan baik tapi bukan semua mampu mempamerkan akhlak yang mulia. Pandangan itu lebih tajam dari pendengaran. Mudahnya, tirulah akhlak orang yang baik-baik. Orang yang baik-baik tu yang selalu kita nak tengok asatizah ni la tapi tak termasuk 'ulama su'. So itu kena la ada ilmu untuk membezakan mereka. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi petunjuk buat kita. Aamiin.
Itu je la cerita hari ni. Owh ya.. cik qina wasap nak datang esok. Yeaay!!!
Ulasan
Catat Ulasan