Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
~HARI KEENAM~ 31/1/2016 (AHAD)~
Luka pun dah semakin sembuh. Bengkak pun dah semakin baik. Alhamdulillah. risau jugak mulanya. Ye la hari Selasa dah start kerja. Boleh ke nak drive? Tapi cik zieta yakin dengan pengalaman doc. dia dah tahu luka cik zieta ni 7 hari dah ok. Tu sebab Doc bagi mc sampai hari Jumaat. Berbetulan esok cuti Hari wilayah jadi cukuplah 7 hari cik zieta bercuti dalam kesakitan, 9___6..
Esok nak keluar pergi pasaraya. Nak beli barang sikit sambil nak testing bawa kereta ok ke tak.. almaklumlah kereta manual. nak tekan cluth tu yang risau tu. hmmm. Hari ni cik zieta dah boleh bersin dan batuk tanpa rasa sakit. Alhamdulillah. Best giler rasa. Masa hari kedua tu cik zieta ada rasa nak bersin. Ya Allah, sakitnya Tuhan saja yang tau. Cik zieta pegang tempat luka tu sambil terkeluar kata "Ya Allah.. jangan bagi aku bersin". Tapi cik zieta tersedar cik zieta dah guna ayat yang salah. "Allahu Rabbi, Allah.. Kau Maha Tahu kemampuanku.. Setakat mana mampuku untuk menahan bersin ini"...
Takut Allah tarik terus nikmat bersin tu baru tau. Ada beza kan ayat pertama dengan kedua tu.. So bila cik zieta dapat bersin dapat batuk dapat gelak semula tanpa rasa sakit hari ni.. Allahu Akhbar. Nikmatnya rasa. Mudah-mudahan kita selalu menjadi hamba Allah yang pandai bersyukur. Aamiin.
Jom tido.. Zzzzzzz... ^_____^.
Ulasan
Catat Ulasan