~Jendela Hatiku~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


~Jendela dan pintu
Menuju ke hatiku
Telah terkunci
Sejak berkurun nan lalu~



Tak pasal je kan nak keluar lirik Jendela Hatiku. Tak ada kena mengena pun. Ini jendela bilik rumah cik zieta kat kampung. Antik kan.. hmmm.. cik zieta rasa rumah ni dah lebih dari separuh abad umurnya. Mungkin ini kali terakhir cik zieta menatapnya setelah kami sekeluarga dihalau oleh tuan tanah. cehhh.. bahasa baik sikit cik zieta.

Kami akan berpindah ke tanah sebelah. Tanah warisan. Dulu tanah ni milik 'arwah cu' setelah 'paksu' yakni suaminya meninggal.. Nama sebenar cikta pun taktau. Orang dulu-dulu ni cik zieta lupa nak tanya nama. hahaha. Dok panggil gitu je la. Bila orang tua meninggal anak-anak ambil alih tanah beginilah jadinya. Habis tanah dijual. Walaupun abah dah beli tapak tanah yang kami duduki ni tapi orang-orang dulu ni kan suka cakap kat mulut je. Mana nak ada bukti pembelian. Sabar je la.

Mujurlah tanah 'arwah tok' memang kat sebelah je. Tapi ni cik zieta pun taktau kalau abah dah tiada nanti. Cik zieta pernah tengok geran tanah ni ..hmmm.. adeiii.. tanah tak besar mana entah nama siapa-siapa yang ada. Arwah semuanya. Itu esok kalau anak-anak depa semua nak tuntut taktau la. Sekarang ni abah masih ada takpe la. Awat suka letak nama macam tu yea. Ye la. Orang dulu-dulu lain. Depa nak anak-anak semua bersatu. Jadi geran tu letak nama semua supaya tanah tu susah nak dijual dan adik-beradik sentiasa bersama. Tapi la ni jadi bergaduh adik-beradik pasal harta. wallahu a'lam. Tapi dulu kini dan selamanya memang macam tu kot.

Senang cerita kan tak payah tinggalkan harta kat anak-anak. Biar je derang usaha sendiri. Biarlah derang rasa susah untuk hidup derang. ni tak mak abah susah payah bekerja kumpul harta pastu meninggal. anak-anak dok bergaduh. Adeei.. Camner. Eloklah abah tak ada harta menda. Cik zieta nak pejam mata je. Apapun takmau pandang. Takut la dengan dunia ni.. ngeri rrrr. Macam-macam boleh jadi kerana harta yang tak seberapa. Allahu Rabbi. T_T.

selamat pagi cinta..^__^

Yang atas tu gambar waktu malam . Yang ni gambar sebelum subuh. Esok kat rumah baru tak boleh nak buka tingkap macam ni dah. huhuhu.. aku merinduimu... sangat.. hilang sudah sentimental value. Habis barang-barang cik zieta kat kampung tu dibakar oleh kakak dan adikku. Takpe lah. Buang semua yang lama. Itu kan tinggal kenangan. Yang penting sekarang ni.. go!go!go!.. Bai jendela hatiku...





10 Jamadilawal 1437H







Ulasan

Nukilan Adinda berkata…
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Petang Cinta.. Hikhik.. Tak merasa la saya nak jejak kaki kat rumah lama awak tu.. Ermm.. -_- Cantik lagi kan rumah warisan dulu-dulu nie.. Sayang kan nak kena pindah.. Tapi nak buat lagu mana dah gitu kisahnya.. Sabaq la ceq.. Begitu la Hitam Putih Kehidupan.. nak nyanyi jugak.. nie tang chorus.. hihi.. "Tiada yg dapat lari.. Dari masalah diri.. Hadapilah dgn tenang.. Tiap cabaran yg datang.. Atasinya dgn keimanan.. Sekadar buat renungan.. Untukmu teman tersayang.. Hitam putih masa depan.. Sendirian menentukan.. Hidup ini usah persiakan".. Tetiba kan menyanyi.. K bye.. ^_^

♥qina

Unknown berkata…
waalaikumussalam.. selamat pagi cik qina.. hmmm.. tak ada rezeki cik qina.. itu yang terakhir saya tengok.. ni dah otw nak runtuh.. huhu.. hakak sheila majid dok nyanyi ke hakak qina.. hihi