Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
L: Saya dengar awak dirisik.. siapa yang merisik awak?
P: Kenapa nak tau.. awakkan dah nak kahwin.
L: Saya rasa tak serasi dengan dia. Boleh saya berkawan semula dengan awak.
P: (senyum).. awak pernah dengar kisah murid dan jagung. Mari saya kisahkan....
*******
Suatu hari...
Murid: Guru.. apakah itu cinta?
Guru: Anakku.. persoalan itu sukar untuk dijawab. Beginilah.. kamu nampak ladang jagung di hadapan kita. Masuklah dan carilah jagung yang terbaik.
Maka murid tadi pun memasuki ladang dan mencari jagung seperti yang disuruh. Di separuh ladang dia menemui jagung yang cantik dan bagus sekali keadaannya. Dalam keadaan berkira-kira untuk memetik jagung tersebut, tiba-tiba murid tadi merasakan dia perlu meneruskan perjalanan. Mana tahu ada jagung yang lebih baik di hujung ladang.
Murid tadi meneruskan perjalanan dan dia tidak menemui lagi jagung yang cantik seperti yang ditemuinya mula-mula tadi. Murid tadi pun berpatah balik mencari jagung yang ditemuinya tadi tetapi malangnya dia tak menemui lagi jagung tersebut. Kerana terlalu letih, dia kembali kepada gurunya dengan hampa.
Diceritakan kepada gurunya apa yang telah terjadi kerana dia hanya pulang dengan tangan yang kosong.
Guru: (senyum).. Begitulah anakku.. Cinta itu bukanlah mencari kesempurnaan. Bila kamu menemui seseorang yang telah menarik minatmu untuk pertama kali.. terimalah dia seadanya.. jika kamu melepaskannya untuk mencari yang lebih cantik pada pandanganmu kemungkinan besar.. yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.
******
P: Begitulah awak... janganlah mencari kesempurnaan. Cinta itu maknanya memberi tanpa syarat bukan sekadar menerima. Lengkapkan kekurangannya dengan kelebihan awak.
L: Adakah saya telah terlewat?
P: Awak tak pernah terlewat kerana kita tak pernah memulakannya.
L: Awak tak rasa sakit kehilangan saya ?
P: Rasa kehilangan akan pudar nanti dan luka ini biarlah Allah merawatnya. Saya akan menanti untuk cinta yang pasti. Awak, saya sekarang tidak sama seperti awak bertemu saya pertama kali. Maafkan saya. Izinkan saya pergi.
t_t... tiba-tiba rasa nak menangis.. rileksss rrr.. toksah jiwang sangat.

20 Jamadilawal 1437H |
Ulasan
Alololo jgn ar nangis.. Nanti kite nangis jugak.. Hikhik.. Menarik story awak kali nie.. Terkesan.. So, moral of the story jgn mencari kesempurnaan semata-mata.. Sekiranya itu yg ditakdirkan utk kita, lengkapkan kekurangan itu dgn kelebihan yg kita ada.. Ann ann ann..
♥ qina
Catat Ulasan