Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.
06/06/2016 bersamaan 1 Ramadhon 1437H.. Semoga kita menjadi hamba padaNya yang lebih baik berbanding sebelumnya. Allahu Rabbi.. Salah satu doa yang diaminkan oleh baginda Nabi SAW takkala dikatakan Jibrail as "rugilah mereka yang memasuki bulan Ramadhon tetapi tidak mendapat keampunan Allah".. Allahu Akbar.. Allah.. Allah..
Ramadhon Kareem.. Allahu Akram
*****
Cerita semalam..
Setelah sekian lama aku tidak berhubung dengan dia. Bukan tak ingat tapi malas. Sebab dia suka membebel. Cerita kami selalu berkesudahan dengan perbalahan. Lalu aku mengambil keputusan mendiamkan diri. Noktah. Semalam aku tergerak untuk menghantar pesanan. "Ramadhon Kareem".
Jawapannya membuatkan aku terkesima. Seolah-olah mendengar bicara malaikat dari langit. Serius. ^__^.
"Jaga Solat"
owhowhowh.. so sweet sahabat.. aku sungguh tak terjangka dengan dua perkataan yang nampak 'simple; tetapi begitu besar maknanya.. Rasa sebak di dalam dada.. Rasa terharu dengan ingatan yang tidak disangka. Pandai rupanya ekau bagi nasihat... hahahaha... @___@. cik zieta nakal..... sikitlah.. cik zieta dah taknak nakal sangat. huhuhu.. insyaAllah.
1 Ramadhon 1437H |
Ulasan
Catat Ulasan