~Saya Duduk Di Hati Mereka Yang Pemurah~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

MasyaAllah.. selalu terima tarbiyah dari Allah. Semoga pagi Jumaat memberi daku satu kesyukuran yang tidak terhingga di atas anugerahNya dan kurniaanNya. Mudah-mudahan rasa bersyukur ini tidak pernah hilang sehingga mati. 

Adakala ada qalam yang sangat menyentuh jiwa sehingga terbawa-terbawa ke dalam mimpi dan cik zieta abadikan qalam tersebut di dalam blog jom petik bunga ni.. hihi.. ^____^.

Cik zieta ada kawan yang tak berapa nak kawan. suka hati la kan nak kawan ke tak. haha.. @__@. Satu hari ni dia minta tolong carikan rumah harga RM500.00 ke bawah. Menggaru kepala yang tidak gatal. Hidup di kota metropolitan ni mana nak cari rumah semurah itu. Ada pun mungkin jauh entah ke hulu mana. Namun di atas rasa ihsan seorang kawan maka cik zieta berusaha juga bertanya-tanya jika ada rumah yang dicari. Baikkan cik zieta.. apahal ko nak puji diri-sendiri.. kihkihkih.. Makin  lama, banyak pula persoalan yang timbul. Salah satunya adalah selama ini dia duduk kat mana haaa?... Maka di dalam rasa busy body yang amat sangat maka cik zieta bertanya.

"Nak tanya sikit.. sebelum ni awak dok kat mana?... sekarang?.. "

"Saya duduk di hati mereka yang pemurah"

Buat ayat sedih tau.. speechless.. cik zieta taktau nak jawab apa.. cuma boleh cakap. Baiklah.. jawapan yang tak boleh dijawab dengan kata-kata.. membungkam.. huhu.. Maha Baik Tuhan yang selalu menghadirkan mereka yang baik-baik di sekeliling kita dan membantu saat kita di dalam kesukaran. Lahirlah kasih sayang yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah. Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat Allah. InsyaAllah..

"Selamat Pagi Cinta"  ",)



23 Zulkaedah 1436H









Ulasan

Love Qina berkata…
SubhanaAllah.. Aminnn..