~Sanah Helwah 2016 - 3 September~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah.. Engkau Maha Mengetahui

Tengok blog orang lelaki dengan orang perempuan, bezanya ialah blog perempuan penuh dengan luahan perasaan. haha.. ^__^.. perempuan menulis kerana kelembutan. Ada yang terbeban di jiwa yang tertumpah hanya lewat penulisan. Nak buat macam mana. Fitrahnya seorang wanita. Yang nampak kuat di pandangan mata tetapi hakikatnya mempunyai hati yang sangat halus.. Kelembutan kasih sayang seorang wanita adakala membuat kita melupa segala kesakitan yang ada, hanya untuk mereka yang kita sayang. serius... dan akhirnya... 

Ya Tuhan,

Aku pergi
Tak akan kembali lagi
Ku serahkan segala
PadaMu Yang Esa

Alhamdulillah.. hijrahkan dirimu cik zieta. InsyaAllah.. Allah akan bersamamu.. Di setiap langkahmu.. Terima kasih Ya Allah di atas kekuatan yang Engkau beri. Dah tiba masanya.. bersempena dengan hari lahir cik zieta dan bulan Zulhijjah yang kunjung tiba. Sesungguhnya, cik Zieta dan Zulhijjah ni sangat sinonim.. Mengambil kekuatan dan semangat Ayahanda Nabi Ibrahim AS dan Anakandanya Ismail AS. Allahu Akbar.


Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak

Arti bacaan talbiyah:

Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. 
Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. 
Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu.

Undanglah daku Ya Allah sebagai tetamuMu.

Kembalikan segalanya padaNya.. memang bukan mudah. InsyaAllah. Allah ada.. Allah sentiasa ada. Solat dan bersabarlah. Hari kembali ceria.. Selamat Pagi Cinta. Sangat bahagia.. :P





4 Zulhijjah 1437H



Ulasan