~Hari Paling Comei~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ahad-4 Disember 2016 bersamaan 5 RabiulAwal 1438H

Alhamdulillah surau mengadakan hari paling comei hari ni.. Hari berkhitan. hahaha.. Ramai la budak2 lelaki comei yang berada di surau. Itu yang hari ini menjadi hari paling comei.. ^___^. Seperti biasa, Cik day dengan kuasa vetonya meminta cik zieta menjaga pendaftaran dan cik zieta telah merelapaksakan diri cik zieta untuk menjalankan tugas. Well, kesian bila warga emas yang kena menjalankan aktiviti macam ni. 

Datang2 cik zieta dah membebel macam mak nenek. Sampai cik Day cakap, 'kamu jangan nak mulakan hari orang lain dengan bad mood boleh tak?' Ok cik zieta bersalah. Patut tak cik zieta membebel sebab baru nak gunting kertas untuk no. giliran di waktu pendaftaran? Tak mengapa?.. ok cik zieta bersalah. Patut tak orang yang mendaftar tu marah cik zieta kerana baru nak siapkan no. giliran di waktu pendaftaran sedangkan waktu itu cik day telah menghilangkan diri entah ke mana?. Ok cik zieta bersalah. Cik zieta bukan nak marah pun cuma cik zieta seorang yang serius bila melaksanakan tugas. cik zieta kan perfecto... memang nak tengok kerja berjalan lancar. Bijak lagi letak meja pendaftaran kat speaker. Ok cik zieta juga yang bersalah. Sebenarnya siapa yang telah menjadikan hidup orang lagi hilang keceriaannya?.. hahaha.. @__@.. Baiklah.. cik zieta mengalah..

Kononnya tolong daftar ja, tapi akhirnya sampai ke petang juga la... InsyaAllah. Peserta paling muda umur 5 tahun. Lorrrr comei sangat. Cik zieta cakap pakai kain pelikat pun tak pandai lagi haaaa. hahaha.. mak dia cakap 4 tahun dah minta nak bersunat. mak dia khabar 'nanti dulu la dik, mak tak konfidem dengan ko lagi'.. So tahun ni mak dia tunaikan juga permintaan. Cool beb. Keluar dari bilik rawatan senyum jerr. Cayalah adik. memang comei giler.. kenapa tak amik gambo adik manis ini.. hahaha..

INSTITUSI AGAMA YANG MERUNTUHKAN NILAI AGAMA

Cik Day datang tetiba membawa khabar budak2 tu tak menangis sebab mak ayah dia bagi HP main game. Surau nak cadang tahun depan beli game bagi budak2 tu main. Haaa bijaksana betul. Mau ko tak hangin satu badan. Meroyan lagi la cik zieta. Bagi tazkirah la kan.. Cadangan ditolak. Ada ke bagi game.. Cik zieta baru ja cakap dengan sorang budak yang main game suruh baca selawat bukan main game. Ini pakcik makcik dengan senang hati suruh budak2 tu main game. Gila!.

Terdiam cik day bila imam Bakar menyokong cik zieta. Cayalah ko dik.. Kenapa ko baru umur 24.. kalau tak, lama dah akak masuk meminang ko... hahaha. Selingan.. Mengubat rasa yang ntah apa-apa menjerut di dalam jiwa. Pelik bila orang-orang yang berada di dalam institusi agama boleh berfikiran yang bukan-bukan. Yang tak ada dalam institusi agama lagi menggila la semuanya. T__T. Tapi tak pelik juga sebab petang tu ntah lagu-lagu cinta apa yang depa pasang kat surau. Surau kot bukan pasar malam. Allahu Akbar. Pasang Qasidah bahagia juga cik zieta. huhuhu.

Bersabarlah wahai hati.. itu antara sebab cik zieta sangat suka pergi ke Subang. Ada kebahagiaan di situ. Ada mursyid yang sentiasa membimbing, sentiasa menegur bila kami mula nak merepek. Mudah-mudahan suatu hari nanti Malaysia menjadi negara Islam yang sebenar-benar Islam. Bermula dari mana?.. Bermula dari dirimu "cik zieta".... InsyaAllah.. Aamiin Allahumma Aamiin... cik zieta RiNdU.. sangat!!!!







6 Rabiulawal 1438H











Ulasan

Love Qina berkata…
♥ Assalamu'alaikum Cik Zieta..

♥ Comei jek awak kena jaga pendaftaran utk bdk² berkhatan.. Hehe..

♥ Saya ada baca pasal berkhatan nie siap bawak handphone rakam time berkhatan.. Isy.. Isy.. Mcm².. Zaman gajet ann ann..

♥ Kalu sye pun mesti angin dgr cadangan mengarut parents nak belikan game kat surau utk bdk² main.. Apa la yg ade dalam fikiran diorang ek.. SubhanaAllah.. Kot ye pun nak menggalakkan bdk² dtg surau jgn la cetuskan idea yg mengarut mcm tu.. Aduyai..

#berusahalahsebaikmungkinagarhadirnyacintakepadaTuhan

Luv,
qina
Unknown berkata…
♥ waalaikumussalam..
♥ #berusahalahsebaikmungkinagarhadirnyacintakepadaTuhan.. InsyaAllah.. Aamin Ya Allah